Khamis, 4 Ogos 2016

YaPEIM SANTUNI PELAJAR UPSR DAERAH LARUT MATANG & SELAMA DI TAIPING GOLF RESORT




Tuan Haji Mohammad Zamri Zakaria Pengarah Kanan Bahagian Perhubungan Korperat Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia. (Yapeim)  menjelaskan peranan Yapeim dalam membangunkan modal insan.

Program di Taiping Golf & Country Resort Taiping merupakan salah satu daripada 145 program di seluruh Negara anjuran YaPEIM dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Utusan Malaysia (UM).

Seramai 480 termasuk guru, pegawai ppd dan pelajar yang akan mengambil peperiksaan upsr, menghadiri Program Inspirasi UPSR YaPEIM 2016.

Program berkenaan bertujuan memacu semangat dan kemahiran dalam menjawab soalan-soalan dalam peperiksaan itu, sekali gus meningkatkan pencapaian akademik pelajar berkenaan. Ia dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Sabri bin Haji Md Daud (Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Larut Matang & Selama).

Program yang dinamakan Program Inspirasi UPSR YaPEIM 2016 ini bermula pada 20 Julai 2016 dengan peruntukan sebanyak RM2.2 juta.

Ketua Pengarah YaPEIM, Datuk Abibullah Haji Samsudin berkata, matlamat utama penganjuran program ini adalah untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar dalam UPSR khususnya pelajar luar bandar.

Menurutnya, dijangka seramai lebih kurang 43,500 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar kurang berkemampuan dan berpotensi untuk lulus dalam UPSR bakal mendapat manfaat daripada program tersebut.

Para Pelajar diberi tips dan teknik menjawab soalan UPSR sebulan sebelum peperiksaan tersebut berlangsung dan melalui program ini, ia secara tidak langsung meningkatkan kesedaran dan motivasi ibu bapa dan pelajar ke arah mencapai kajayaan yang lebih cemerlang dalam bidang akademik dan sosial. #yapeim