Selasa, 11 Oktober 2016

Musuh’ Bersama Gagal Satukan Pembangkang Untuk Tiru Formula, Falsafah BN Yang Jujur Posted: 10 Oct 2016 04:20 AM PDT


KUALA LUMPUR, 10 Okt – Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berpendapat parti-parti pembangkang termasuklah beberapa parti baharu tidak mudah untuk membentuk sebuah gagasan yang jujur hanya semata-mata kerana UMNO dan Barisan Nasional (BN) musuh bersama mereka.

Jelas beliau cubaan mereka untuk menyediakan pelan satu lawan satu untuk menentang BN adalah cubaan untuk meniru segala pelaksanaan dan juga gagasan seperti mana BN yang berasaskan kepada satu formula yang telah diuji berdekad-dekad lamanya.

img_1123"Mereka kata nak lawan satu lawan satu… Ini adalah cubaan untuk tiru macam pakatan kita dalam BN. Hari ini Tun Dr Mahathir menaungi parti baharu. Dia pun nak buat satu lawan satu. Mereka cuba di pilihan raya kecil sebelum ini namun tidak berjaya. Tidak mudah…

"Hanya kerana UMNO dan BN adalah musuh bersama tidak bermakna mereka dengan mudah boleh membentuk satu gagasan yang jujur. Yang akan datang tentu memeritkan…sebab itu saya tidak bimbang walaupun Dr Mahahir berada di sebelah sana.

"Saya ingin tanya parti baharu yang dinaungi oleh Dr Mahathir…berapakah kerusi yang akan mereka dapat kelak. Apakah Dap akan beri kepada 'parti bunga' ini kawasan untuk ditandingi…tentu tidak.

"Habis tu dia nak ambil kerusi milik siapa dan kawasan mana…apakah kawasan yang ditandingi oleh PKR? Jawapannya tidak sama sekali…bagaimana pula dengan parti pimpinan Mohamad Sabu…sudah tentu mahukan kawasan untuk ditandingi. Ini akan menambahkan lagi kerumitan sesama mereka," katanya dalam himpunan Taklimat Bersama UMNO Jentera Penerangan UMNO Terengganu baru-baru ini.

Annuar Musa seterusnya menegaskan parti UMNO adalah yang pertama yang menerima realiti politik kehidupan masyarakat pelbagai kaum.

"Parti UMNO dan orang-orang UMNO redha walaupun pernah satu ketika dahulu 'dikafirkan', dicemuh, dihina…namun kita tidak meninggalkan perjuangan berasaskan kepelbagaian kaum.

"Jangan lupa apabila Datuk Onn Jaafar pilih untuk keluar daripada UMNO yang beliau tubuhkan hanya kerana ingin melihat UMNO ini ahlinya daripada semua kaum. Kemudiannya Tunku Abdul Rahman pula kata lebih baik dan lebih sesuai kaum lain berjuang untuk kaum masing-masing tetapi atas perkara dasar dan pokok kita tetap masih boleh bekerjasama.

"Akhirnya Datuk Onn Jaafar keluar membentuk Parti Negara yang ahli pelbagai kaum dan UMNO, MCA, MIC bergerak dengan cara kita…parti lain-lain tetapi apabila masuk pilihan raya UMNO tidak masuk dengan logo UMNO, MIC tidak masuk dengan logo MIC, Gerakan tidak masuk dengan logo Gerakan.

"Tetapi apabila tiba pilihan raya berdepan dengan rakyat kita dokong satu dasar, satu falsafah…berbeza-beza parti tetapi satu dalam fikiran soal membina bangsa dan itulah satu bentuk kerjasama tulen antara UMNO dengan pelbagai kaum yang sehingga hari ini tidak boleh ditiru oleh sesiapa pun," katanya. -MediaUMNO




Sent from Samsung tablet.

1 ulasan:

  1. bukan setakat teory semata.terbukti barisan nasional dlm pelaksanaan.

    BalasPadam