Langkau ke kandungan utama

Selepas Gagal Bersih 5,  Mahathir Berhimpun Pula Desak Maria Chin Dibebaskan"


Selepas berjuang membebaskan seorang banduan liwat dengan memakai lencana Free Anwar, kini bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berjuang pula membebaskan seorang pejuang LGBT, Maria Chin.

Maria Chin adalah penganjur program Seksualiti Merdeka pada November 2011 di Central Market, Kuala Lumpur. Dalam program Seksualiti Merdeka itu penganjur mengiktiraf peranan gay, lesbian dan LGBT. Dalam program yang sama di luar negara, diadakan perarakan bogel untuk meraikan Seksualiti Merdeka.

Semalam di Dataran Merdeka, Mahathir yang sudah berusia 91 tahun  berhimpun mendesak Maria Chin Abdullah, penganjur Seksualti Merdeka itu dibebaskan.

Maria Chin ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 sejak semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa memaklumkan bahawa Maria akan ditahan maksimum selama 28 hari mengikut akta berkenaan.

Maria yang sebelum ini disiasat berhubung sumbangan dana asing Open Society Foundation (OSF) ditahan mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan atau cubaan menggugat demokrasi berparlimen.

Berbalik kepada tindakan Dr Mahathir, jika dulu beliau terus menerus memberitahu kepada rakyat supaya tidak terlibat dalam demonstrasi jalanan menentang kerajaan.

Mahathir juga meminta jika tidak berpuas hati tukar kerajaan dalam pilihan raya dan menggelar mereka yang terlibat dalam Bersih 3 seperti keldai.

Dr Mahathir kini sanggup bersekongkol, sebati, sedarah dengan pembangkang untuk menjatuhkan Dato Sri Najib.

Sanggup dah kerjasama dengan peliwat dan penganjur seks bebas.

Dr Mahathir bekerjasama dengan Lim Kit Siang, Datuk Seri Dr Wan Azizah, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Mohamad Sabu, semua kumpulan manusia yang amat tidak disukai oleh Dr Mahathir dulu.

Orang ramai berkumpul di kawasan pancuran air di depan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada kira-kira pukul 8 malam dan bersurai tiga jam kemudian.

Ketika dulu semasa Anwar disumbat di dalam penjara, Dr Mahathir sedikit pun tidak menunjukkan rasa simpati malahan berwajah tenang biarpun terpaksa memecat bekas Timbalannya.

Lain pula halnya emosi beliau dengan Maria, dalam ucapannya malam tadi, beliau melahirkan rasa sedih apabila mendapat maklumat bahawa Maria sudah ditahan.

Ada pihak mengatakan bahawa Dr Mahathir benar-benar sudah berubah dan keluar dari kepompong seorang negarawan yang berada dalam dirinya kepada seorang penentang kerajaan paling besar dan sanggup membela penjenayah dan penentang kerajaan.

Kalau dahulu, berapa ramai sudah disumbat Dr Mahathir ke dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama bertahun-tahun tetapi langsung tidak diberikan simpati oleh beliau malahan diperbaharui tempoh tahanan pada setiap dua tahun.

Jelaslah sudah, pada masa dulu Dr Mahathir mahu mengekalkan kuasanya, tapi pada masa kini beliau berasa tidak senang melihat orang lain berkuasa dan banyak berjasa kepada rakyat.

Apa sahaja mahu dibuat Mahathir untuk capai matlamat peribadi dan kroni dia. Rakyat kena tolak perjuangan peribadi Mahathir ini.

Tulisan :
Beruang Biru
BB144, Isnin
22 November 2016



Sent from Samsung tablet.

Ulasan

  1. Korang ni memang bodoh piang.
    Memang Najib masih PM selepas BERSIH5.
    Nak jatuhkan MARCOS, Hosni Mubrak, Suharto, Sukarno,
    Ghadafi, dll bukan 4-5 kali RALLY - BERATUS dan makan
    mangsa beribu nyawa!!!!!
    Namun, bila ALLAH menjalankan perancangannya,
    ko tengok, Arial Sharon yang begitu berkuasa dan
    tak dapat digugat oleh bangsa Arab, boleh terbaring
    KOMA LAPAN TAHUN, TAK BANGUN-BANGUN!!!!
    Manusia cuma boleh berusaha, selebihnya terpulang
    kepada PERANCANGAN ALLAH.
    Allah maha mengetahui, maha adil dan maha berkuasa.
    Allah sudah berjanji akan sentiasa membantu
    bangsa yang kuat berusaha.
    KAMI SEDANG BERUSAHA dan takkan berhenti
    daripada berusaha

    BalasPadam
  2. Kita tak hina dia..... dia yang menghinakan dirinya seperti keldai

    BalasPadam
  3. Sblm bebaskan maria chin, pastikan anwar dibebaskan dulu. Tapi siapa yg nak sgt anwar dipenjarakan dulu ye? Hahahaha...mahathir yg nak anwar masuk penjara. So? Marang perapu kepunden marang sekeperrr!!

    BalasPadam
  4. Kesian nenek hasmah.Patutnya Medey heret dia menyertai perhimpuan di masjid ke...Tonggi ke.baru sesuai.
    Medey dah kena kemujaraban doa Hj. Fadhil Nor.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perihal Elaun Keraian Kakitangan Kerajaan

ELAUN KERAIAN
BAGI pegawai-pegawai kerajaan gred 43 ke atas, mereka di peruntukkan dengan elaun keraian yang merupakan sebahagian daripada pendapatan mereka. Elaun minima RM400 sebulan di kecualikan daripada cukai pendapatan.

Imbuhan Tetap Keraian yang diberikan kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai tertentu dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional merupakan elaun yang dibayar atas kadar tetap secara bulanan.

Tujuan pemberian Imbuhan Tetap Keraian adalah sebab jawatan dan tanggung jawab pegawai memerlukan mereka meraikan tetamu bagi mewujudkan suasana ramah mesra. -- FAQ SSM oleh JPA

Namun pada kebiasaannya, Imbuhan Tetap Keraian ini hanya digunakan untuk meraikan diri sendiri ataupun keluarga sendiri sahaja ataupun untuk membayar hutang-hutang peribadi sahaja.

Andai kata ada tetamu yang datang ke pejabat dan mereka di jamu, itu adalah dari perbelanjaan pejabat. Malahan ada pejabat yang membayar makan minum tetamu yang diraikan di hotel/restoran menggunak…

#SIAPA_ARAH_BUNUH_ALTANTUYA?

(By: Ariff Ahmad)
Walaupun Kerajaan Australia telah bersetuju untuk membenar Sirul dibawa pulang ke Malaysia tetapi reaksi Mahathir terhadap isu tersebut adalah seperti dia tidak berminat untuk membenarkan Sirul Azhar pulang ke Malaysia (sila rujuk FAKTA 1).  
Mengapa Mahathir tidak berapa bersetuju dengan cadangan tersebut. Untuk memahaminya, maka kita perlu rujuk kepada sejarah pembelian kapal selam tersebut.
Mengikut siasatan saya, Rancangan untuk membeli kapal selam telah mula dibahas di Parlimen seawal tahun 1993 lagi (sila rujuk pada beberapa SCREENSHOT HANSARD dibawah). Persoalannya ialah, jika Mahathir sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan berkata dia tidak tahu tentang rancangan hendak membeli KAPAL SELAM, jadi apa yang Mahathir buat semasa isu tersebut dibahas di Parlimen. DIA TIDUR AGAKNYA  
Ini adalah fakta-fakta tentang siapa yang terlibat didalam pembelian kapal selam Scorpene
👉1) Yang mencadangkan pembelian kapal selam ialah
a) Mokhzani Mahathir dan 
b) Ibrahim M…

APA SEBENARNYA TUN MAHATHIR MAHU?

TS Zeti dan Tun Daim telah mengakui ekonomi negara kekal kukuh dan rezab simpanan negara mempunyai rm436 billion, tertinggi dalam sejarah negara!
Terbaru Tun Mahathir telah membuat kenyataan yang mana 1MDB ...penubuhan siasatan diRaja ( RCI ) tidak perlu kerana tiada bukti kukuh untuk disabitkan kesalahan pada Najib.
Kini semuanya sudah nyata dan jelas..100% sebelum ini isu2 tersebut telah di politikkan kerana ada sesuatu yang tersembunyi hanya Najib dan Mahathir sahaja yang mengetahui.
Dulu Mahathir kata Najib dan kerajaan BN perlu ditumbangkan untuk menyelamatkan negara dari MUFLIS  dan juga tak mahu aset2 negara dijual ke negara luar. 
Malah dengan konsisten mengatakan Najib penyamun dan pencuri harta rakyat serta mengayakan keluarga mereka.
Hanya 5 hari sahaja Mahathir dapat kuasa..segalanya sudah terjawab hanya dengan kenyataan Zeti dan Daim sahaja.
Adakah Mahathir jujur dengan perjuangan agama bangsa dan negara?
Dalam sejarah satu permainan politik yang amat kotor...fitnah, pembohongan…