Ahad, 20 November 2016

Tuntutan Bersih 5.0 Sepatutnya Dijawab Oleh Mahathir



Tun Dr Mahathir Mohamad adalah individu yang sepatutnya menjawab kepada tuntutan penganjuran Bersih 5.0 yang mana antaranya meminta agar pilihan raya di negara ini di laksanakan secara bersih.

Kenyataan tersebut dibuat oleh Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa dengan menjelaskan bahawa sistem dan kaedah pilihan raya yang digunakan pada pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Diraja Mohd Najib Tun Razak ketika ini hanyalah menyambung daripada pentadbiran terdahulu.

“Tuntutan Bersih apa? Dia hendak pilihan raya bersih. Tuntutan dia tidak ada kena mengena dengan cara berdemonstrasi atau tunjuk perasaan.

“Kalau Bersih tidak puas hati terhadap pilihan raya maka pihak yang bertanggung jawab ialah Dr Mahathir sendiri. Berapa lama dan berapa kali pilihan raya menggunakan sistem yang sama.

“Apa yang Datuk Najib buat dalam sistem pilihan raya hari ini tiada perubahan tetapi hanya menyambung apa yang dibuat oleh Tun Mahathir.Jadi apa Bersih nak tuntut, perlu dijawab Tun Mahathir; tiada apa diubah melainkan apa yang dibuat Mahathir dulu,” ujar ketika ditemui pemberita di RTC Gopeng petang tadi.

Bersih 5.0 yang diadakan di ibu negara hari ini adalah penganjuran oleh parti DAP dan disokong oleh beberapa parti pembangkang yang lain.

Kelihatan Tun Dr Mahathir yang merupakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bersama Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin turun bersama sertai demonstrasi jalanan tersebut.

Sementara itu, Tan Sri Annuar yang ditanya mengenai jalinan hubungan rapat Tun Dr Mahathir dengan pembangkang , beliau melihat ada kemungkinan ia strategi Tun Dr Mahathir terlepas daripada ‘ditelanjangin’ pembangkang semasa zaman pentadbirannya.

“Ini mungkin strategi Tun Mahathir kerana suatu masa dahulu ketika berkuasa banyak skeletonnya yang disimpan. Mungkin dia bimbang Anwar Ibrahim tidak lama akan keluar daripada penjara dan kalau dia tidak bersama mereka ini maka dia akan di mamah pembangkang, mungkin di telanjangi pembangkang mungkin dia akan dikritik pembangkang.

“Dr Mahathir jangan tafsir kan apa yang dia buat pada benda yang dibuat, dia selalunya ada dua tiga (motif) di belakang,” katanya yang aktif berpolitik dalam UMNO sejak tahun 1979.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan