Khamis, 22 Disember 2016

PROTON IRIZ DINOBATKAN SEBAGAI KERETA MAMPU MILIK DI ASEAN CAR OF THE YEAR 2016




PROTON Holdings Berhad ("PROTON" atau "Syarikat") menerima satu lagi anugerah sebelum menutup tahun ini, apabila Proton Iriz dinobatkan sebagai “Budget Car of The Year 2016” di anugerah ASEAN Car of the Year 2016 (ACOTY).

"Dengan anugerah yang diterima di “Malaysia Car of the Year Award 2016” baru-baru ini, kami sekali lagi berasa amat terharu dan gembira dengan pengiktirafan ini, terutamanya kerana Iriz dilancarkan 2 tahun lalu. Kami telah memuatkan pelbagai ciri di dalam Iriz untuk memberikan pelanggan kami nilai yang lebih baik dan anugerah ASEAN ini merupakan pengiktirafan kepada usaha kami selama ini," kata Dato' Ahmad Fuaad Kenali, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.

Iriz diperkenalkan pada September 2014 dan menandakan kehadiran PROTON dalam segmen kereta kompak. Model ini mendapat penarafan 5-bintang daripada ASEAN NCAP dari segi keselamatan dan ciri-ciri keselamatan aktif dan pasif yang ada dalam semua varian termasuk kawalan kestabilan elektronik (ESC) dengan kawalan cengkaman, sistem brek anti-kunci (ABS) dengan kuasa-brek Elektronik (EBD), bantuan brek, bantuan kawalan cerun (HHA) dan sistem peringatan pemakaian tali pinggang (SBR).

PROTON juga merupakan satu-satunya syarikat permotoran di ASEAN yang menggunapakai teknologi Jerman, dipanggil, Hot Press Forming (HPF) untuk melengkapkan ciri-ciri keselamatan yang ada padanya. Struktur HPF boleh mencapai sehingga 5 kali lebih kekuatan dari logam biasa. Ini seterusnya menyediakan struktur badan yang lebih kukuh dan yang lebih penting, menguatkan kabin penumpang untuk perlindungan yang lebih baik," tambah Dato' Fuaad.

“Secara keseluruhannya, Iriz direka dan dihasilkan bukan sahaja untuk menyediakan perlindungan optimum kepada penumpang tetapi ianya juga sebuah kereta yang seronok dipandu dengan ciri-ciri keselesaan yang moden, penggunaan minyak yang ekonomi dan pelbagai ciri-ciri kemudahan lain," tambah Dato' Fuaad.

Proton Iriz dikuasakan dengan enjin VVT empat silinder dengan lima pilihan kelajuan, sama ada kotak gear manual atau transmisi CVT. Varian 1.3 liter didatangkan dalam pilihan Standard dan Executive, manakala 1.6 liter mempunyai pilihan Executive dan Premium, berharga dari RM41,520 ke RM62,030.

Bagi bulan Disember ini, PROTON menawarkan rebat antara RM2,200 hingga RM4,000 dan juga perkhidmatan percuma 2 tahun atau 40,000km, yang mana yang terdahulu untuk semua varian. Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian Khidmat Pelanggan PROTON di 1800 888 398 atau e-mel kepada kami di customercare@proton.com. Pelanggan juga boleh melayari www.proton.com atau laman Facebook rasmi kami di www.facebook.com/ProtonCarsOfficial. Untuk maklumat tambahan, pelanggan juga boleh memuat turun aplikasi mudah alih rasmi MyProton, yang boleh didapati melalui Google Play dan Appstore, untuk spesifikasi dan harga serta menempah sesi pandu uji.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan