Jumaat, 20 Januari 2017

Belum PRU14 Lagi, PAN Sudah Serang PAS Di Selangor



Pembangkang pernah mengakui bahawa mereka sebenarnya berkerjasama sesama sendiri untuk memastikan pada Pilihan Raya Umum (PRU) nanti, pertandingan Barisan Nasional (BN) hanya akan terjadi melibatkan satu lawan satu.

Bagaimanapun, perkataan itu hanya retorik mereka kerana mereka sudah mula berkonflik sesama sendiri sekarang ini. Teruk dan parah konflik mereka.

Seperti yang diketahui, PAN adalah parti serpihan dari PAS yang terdiri dari bekas pemimpin PAS yang kalah dan kecewa dalam pemilihan parti berkenaan dulu.

Kini, PAN dilihat sudah mula secara terbuka mengkritik dan menyerang PAS di Selangor. Serangan PAN itu diketuai oleh Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub ke atas PAS. 

Di Selangor, pakatan pembangkang yang dulu, Pakatan Rakyat masih wujud kerana PAS, PKR dan DAP masih bersama-sama dalam Kerajaan Negeri Selangor kerana pakatan itu menang PRU ke-13 lalu.

Oleh kerana Pakatan Rakyat di luar Selangor sudah berkubur dan wujudnya Pakatan Harapan bersama PAN tanpa PAS, PAS nampaknya perlu dibersihkan dalam kerajaan negeri dan digantikan dengan PAN pimpinan Presidennya Mohamad Sabu. 

PAN jelas mahu mengisi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) milik PAS dan mahu merampas jawatan Exco yang kini disandang oleh wakil rakyat parti Islam itu dalam DUN Selangor.

PAS selepas PRU13 ada 15 kerusi dan selepas dua ADUN meninggalkan PAS ke PAN, kini PAS hanya tinggal 13 kerusi sahaja lagi.

Dulu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali nampak komited untuk kekal bersama gabungan dengan PAS dan tidak menghiraukan serangan PAN tetapi nampaknya Timbalan Presiden PKR itu sudah berubah sedikit gayanya.

Azmin nampaknya sudah merestui tindakan PAS berkenaan dan seakan-akan membenarkan PAN menyerang PAS ketika ini.

PKR juga sudah nampaknya terlibat dalam ketegangan kedua-dua parti ini dan mungkin juga DAP yang mahu PAS dilenyapkan terus dalam nyawa Kerajaan Negeri Selangor.

PKR juga dilihat sudah berpihak pada PAN untuk serang PAS. Semalam Rafizi telah mendedahkan menerusi kajian INVOKE, bahawa PAS akan lenyap selepas PRU14.

Ini membuktikan pembangkang tidak boleh memerintah di mana-mana pun di Malaysia ini kerana kerap sangat berkelahi sesama sendiri sampai mereka sendiri enggan memikirkan berkenaan masa depan negara dan rakyat.

Azmin sendiri sudah lupa jasa PAS yang menyokongnya sebagai MB dan tidak berpihak Wan Azizah. Kini bila dah berkuasa, Azmin beri pisau lagi pada PAN untuk tikam terus PAS di Selangor.

Sikap Azmin yang memihak PAN sudah dapat dilihat semasa PRK Sungai Besar lagi. Kali ini, Azmin merasakan PAN lebih penting berbanding PAS.  

Perang besarlah pembangkang di Selangor jika PAN bertanding di semua kerusi PAS bertanding. Satu sahaja cara hendak ajar mereka ini. Jangan beri undi pada pembangkang. 

Kalau beri undi juga, tiga kali lah orang Selangor kena tipu. Cukuplah dua kali, kali ketiga jangan terjatuh ke lubang yang sama.