Rabu, 25 Januari 2017

Kenyataan Mahathir Kononnya Bukan Lidah Rasmi Pembangkang




Sejak berada sepentas dengan pembangkang, boleh dikatakan hampir setiap hari ada sahaja kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali gus menjadikan beliau sebagai ketua pembangkang tidak rasmi, menggantikan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Ada sahaja perkara yang dibangkitkan oleh Mahathir sehinggakan beliau digelar sebagai jaguh U-Turn disebabkan pendiriannya yang sering berubah itu.

Hakikatnya apa yang keluar dari mulut Mahathir atau menerusi tulisannya hanya menjadi liabiliti yang terpaksa ditanggung oleh Pakatan Harapan disebabkan pandangan Mahathir yang tidak selari dengan mereka.

Mungkin disebabkan keadaan itu juga maka Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar enggan mengulas dan memberikan respons mengenai kenyataan Mahathir mengenai banyak perkara, sebaliknya beliau memberitahu:

"Sebagai mantan perdana menteri, beliau boleh memberi kenyataan sendiri" katanya seperti yang disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian semalam.

Mungkin Nurul Izzah melihat Mahathir bukannya lidah rasmi pembangkang namun beliau terlupa bahawa Mahathir adalah pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan PPBM juga merupakan sebahagian daripada Pakatan Harapan.

Justeru apa yang dituturkannya itu merupakan sebahagian daripada pendirian Pakatan Harapan sendiri.

Hari ini, dalam Utusan Malaysia, mukasurat 4, Azmin Ali turut membidas sikap pemimpin pembangkang yang seperti kukubesi. 

"Tapi kalau kita paksa kamu mesti ikut cara aku, rentak aku dan itu bukanlah demokrasi tetapi kuku besi" kata Azmin mengulas mengenai kenyataan pemimpin yang ganggu usaha kesepakatan dalam pembangkang. 

Tidak lain tidak bukan, Azmin sebenarnya menyindir Mahathir sebagai kuku besi.
Nampaknya sudah dua kali Azmin tidak sealiran dengan Mahathir. Dalam isu BR1M, bila Mahathir U TURN halalkan BR1M, Azmin tetap dengan hukum haramnya. 

Kali ini dalam isu kerjasama dengan PAS, Azmin sebenarnya melihat kenyataan Mahathir yang tidak mahu kerjsama sebagai liabiliti kepadanya. Azmin tahu PAN tidak cukup kuat untuk ganti PAS di Selangor.

Apa yang jelas ia menunjukkan pemimpin pembangkang sendir, iaitu Nurul Izzah dan Azmin tidak setuju dengan Mahathir.

Mahathir sebenarnya sudah menenggelamkan pengaruh Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang. Malah liabiliti yang perlu ditanggung oleh UMNO sebelum ini telah dialihkan kepada Pakatan Harapan.

Bak kata Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki sebelum ini bahawa "Anwar Ibrahim sudah berjaya beliau tenggelamkan. Lim Kit Siang telah berjaya beliau jinakkan. Mohamad Sabu telah berjaya beliau mandulkan. Mahfuz Omar telah berjaya beliau perbudakkan".

Itulah perancangan Mahathir sebenarnya bagi mencapai cita-cita menjadikan anaknya Mukhriz Mahathir sebagai Perdana Menteri. 

Malang bagi Mahathir, suaranya dianggap sebagai suara kuku besi oleh anak angkat sendiri. Anak Anwar pula gelarkan suara Mahathur bukan suara rasmi pembangkang.