Sabtu, 4 Februari 2017

Guan Eng Ketinggalan Zaman, Hospital Kerajaan Sudah Lama Patuh Syariah



1. Kerajaan DAP Pulau Pinang membuat kenyataan kononnya mahu membina hospital patuh syariah pertama di Malaysia dikenali sebagai Hospital Islam Pulau Pinang yang akan dibina dengan kos RM280 juta itu dijangka beroperasi pada 2020.

2. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya sebaliknya menegaskan semua hospital, klinik serta fasiliti kesihatan kerajaan di seluruh negara ini mematuhi syariah, begitu juga dengan usaha yang dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang hampir sepenuhnya mematuhi kehendak syariah sejak sekian lama sebagai respon terhadap kenyataan tersebut.

3. Berdasarkan pencerahan Jakim terhadap definisi patuh syariah, beliau berpandangan semua yang dibuat oleh KKM hampir sepenuhnya mematuhi kehendak syariah merangkumi pakaian seragam staf serta amalan standard di wad pesakit termasuk wad bersalin.

4. Bagi wad bersalin, kini bapa yang beragama Islam dibenar untuk mengazankan atau qamat anaknya yang baharu dilahirkan.

5. Namun jika hendak memilih doktor perempuan untuk mengendalikan ibu bersalin agak sukar dipenuhi kerana jumlah doktor perempuan masih belum mencukupi tambahan pula doktor perempuan kurang meminati bidang sakit puan kerana ia amat mencabar.

6. Ubat-ubatan dan vaksin yang digunakan oleh KKM juga adalah halal melainkan vaksin bagi rotavirus untuk pencegahan penyakit cirit-birit yang tidak dibeli oleh KKM dan hanya terdapat di hospital atau klinik swasta tertentu sahaja.

7. Jika ubat dan vaksin dikeluarkan dalam negara, pengeluar wajib mendapatkan pensijilan halal Jakim dan pengeluaran pula dilakukan oleh kilang berstatus Amalan Pengilangan Baik (GMP).

8. Selain itu, ramai pakar pembedahan beragama Islam melaksanakan amalan dianjur Islam iaitu menunaikan solat sunat sebelum memulakan pembedahan selain menjamak solat fardu jika pembedahan dijangka mengambil masa lama.

9. KKM juga telah melancarkan Kempen Hospital Mesra Ibadah 3 tahun lalu dengan pembimbing ditempatkan di hospital tertentu bagi mengajar cara sembahyang kepada pesakit walaupun dalam keadaan terlantar.

10. Oleh itu, jika exco kerajaan negeri mahu mendakwa kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP adalah yang pertama akan membina hospital patuh syariah di Malaysia, sila kaji dahulu apa yang telah diamalkan di KKM.