Langkau ke kandungan utama

Kuota haji ditambah

Kuota haji rakyat Malaysia tahun ini ditambah daripada 27,900 kepada 30,200 orang.

Menurut Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, tambahan tersebut susulan perbincangan semasa lawatan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud ke Malaysia baru-baru ini.

Lawatan tersebut juga katanya membuktikan kredibiliti kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendapat perhatian Arab Saudi di mana Malaysia dipilih sebagai negara pertama untuk dilawati dalam rangka  kerja baginda ke Asia.

Ulasan

  1. JAKARTA: Pedang lengkung, jam tangan Rolex, pen mata bulat emas dan cincin berlian, merupakan antara hadiah yang diberikan kepada wakil Indonesia oleh rakan sejawatnya semasa kunjungan Raja Salman Abdulaziz Al Saud, baru-baru ini.

    Senarai hadiah itu diisytiharkan oleh pegawai kerajaan, yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Indonesia (KPK) pada Khamis.

    Jurucakap KPK, Febri Diansyah yang tidak mendedahkan identiti penerima setiap hadiah tetapi memberitahu pemberita bahawa berdasarkan penilaian awal, kesemua hadiah tersebut bernilai lebih 5 bilion rupiah (RM1.6 juta).

    Ia merupakan amalan kerabat diraja atau ketua negara untuk bertukar-tukar cenderahati atau hadiah semasa lawatan rasmi.

    Minggu lalu, The Jakarta Post melaporkan Ketua Polis Negara Indonesia, Tito Karnavian menerima sebilah pedang emas daripada Duta Arab Saudi ke Indonesia, Osama Mohammed Abdullah Al Shuaibi sejurus selepas ketibaan raja Arab Saudi ke negara itu.

    Walaupun polis merancang untuk mempamerkan pedang tersebut di ibu pejabatnya, hadiah berkenaan wajar diisytiharkan kepada KPK.

    Ia berikutan undang-undang anti rasuah Indonesia mensyaratkan semua pegawai kerajaan melaporkan sebarang hadiah atau wang tunai yang diterima mereka, kepada KPK dalam tempoh 30 hari.

    Begitu juga Kementerian Luar Indonesia yang turut dilaporkan menerima sebilah pedang daripada Arab Saudi dalam lawatan itu.

    Kunjungan Raja Salman dari 1 Mac ke 12 Mac lalu merupakan lawatan pertama kali seorang raja Arab Saudi ke Indonesia dalam tempoh 47 tahun.

    Lawatan berkenaan membabitkan rombongan diraja seramai 1,500 orang, termasuk 10 putera dan 25 menteri.

    Raja Salman turut menyambung percutian di Bali, di mana baginda menetap di resort St Regis Bali.

    Menurut berita Jakarta Globe memetik pihak berkuasa Bali sebagai berkata, Raja Arab Saudi itu meninggalkan bali dengan kargo seberat hampir 17 tan, termasuk lebih enam tan adalah barang hasil pembelian di negara itu.

    "Kita jangkakan 300 bilion rupiah (RM99 juta) dibelanjakan semasa percutian mereka," kata ketua Agensi Pelancongan Bali, Anak Agung Gede Yuniartha pada Isnin.

    Ia termasuk bil ratusan bilik hotel, sewaan 300 limosin dan caj aktiviti di lokasi pelancongan dan membeli-belah.

    Kunjungan Raja Salman ke Asia turut membabitkan Malaysia, Brunei, Jepun dan China.

    Baginda turut merancang untuk mengunjungi Maldives dan Jordan sebelum pulang ke tanah air. - The Straits Times/Asia News Network

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perihal Elaun Keraian Kakitangan Kerajaan

ELAUN KERAIAN
BAGI pegawai-pegawai kerajaan gred 43 ke atas, mereka di peruntukkan dengan elaun keraian yang merupakan sebahagian daripada pendapatan mereka. Elaun minima RM400 sebulan di kecualikan daripada cukai pendapatan.

Imbuhan Tetap Keraian yang diberikan kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai tertentu dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional merupakan elaun yang dibayar atas kadar tetap secara bulanan.

Tujuan pemberian Imbuhan Tetap Keraian adalah sebab jawatan dan tanggung jawab pegawai memerlukan mereka meraikan tetamu bagi mewujudkan suasana ramah mesra. -- FAQ SSM oleh JPA

Namun pada kebiasaannya, Imbuhan Tetap Keraian ini hanya digunakan untuk meraikan diri sendiri ataupun keluarga sendiri sahaja ataupun untuk membayar hutang-hutang peribadi sahaja.

Andai kata ada tetamu yang datang ke pejabat dan mereka di jamu, itu adalah dari perbelanjaan pejabat. Malahan ada pejabat yang membayar makan minum tetamu yang diraikan di hotel/restoran menggunak…

#SIAPA_ARAH_BUNUH_ALTANTUYA?

(By: Ariff Ahmad)
Walaupun Kerajaan Australia telah bersetuju untuk membenar Sirul dibawa pulang ke Malaysia tetapi reaksi Mahathir terhadap isu tersebut adalah seperti dia tidak berminat untuk membenarkan Sirul Azhar pulang ke Malaysia (sila rujuk FAKTA 1).  
Mengapa Mahathir tidak berapa bersetuju dengan cadangan tersebut. Untuk memahaminya, maka kita perlu rujuk kepada sejarah pembelian kapal selam tersebut.
Mengikut siasatan saya, Rancangan untuk membeli kapal selam telah mula dibahas di Parlimen seawal tahun 1993 lagi (sila rujuk pada beberapa SCREENSHOT HANSARD dibawah). Persoalannya ialah, jika Mahathir sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan berkata dia tidak tahu tentang rancangan hendak membeli KAPAL SELAM, jadi apa yang Mahathir buat semasa isu tersebut dibahas di Parlimen. DIA TIDUR AGAKNYA  
Ini adalah fakta-fakta tentang siapa yang terlibat didalam pembelian kapal selam Scorpene
👉1) Yang mencadangkan pembelian kapal selam ialah
a) Mokhzani Mahathir dan 
b) Ibrahim M…

APA SEBENARNYA TUN MAHATHIR MAHU?

TS Zeti dan Tun Daim telah mengakui ekonomi negara kekal kukuh dan rezab simpanan negara mempunyai rm436 billion, tertinggi dalam sejarah negara!
Terbaru Tun Mahathir telah membuat kenyataan yang mana 1MDB ...penubuhan siasatan diRaja ( RCI ) tidak perlu kerana tiada bukti kukuh untuk disabitkan kesalahan pada Najib.
Kini semuanya sudah nyata dan jelas..100% sebelum ini isu2 tersebut telah di politikkan kerana ada sesuatu yang tersembunyi hanya Najib dan Mahathir sahaja yang mengetahui.
Dulu Mahathir kata Najib dan kerajaan BN perlu ditumbangkan untuk menyelamatkan negara dari MUFLIS  dan juga tak mahu aset2 negara dijual ke negara luar. 
Malah dengan konsisten mengatakan Najib penyamun dan pencuri harta rakyat serta mengayakan keluarga mereka.
Hanya 5 hari sahaja Mahathir dapat kuasa..segalanya sudah terjawab hanya dengan kenyataan Zeti dan Daim sahaja.
Adakah Mahathir jujur dengan perjuangan agama bangsa dan negara?
Dalam sejarah satu permainan politik yang amat kotor...fitnah, pembohongan…