Jumaat, 31 Mac 2017

Mahathir Tidak Boleh Terima Kenyataan 1MDB Sudah Tiada Hutang


                       
Sebaik sahaja pengumuman dibuat di Dewan Rakyat bahawa syarikat pembangunan stategik  kerajaan, 1MDB tidak lagi ada hutang bank atau hutang jangka pendek, terus pengkritik beragenda peribadi Tun Dr. Mahathir Mohamad tampil membuat kenyataan balas dalam blognya.

Begitulah sikap Mahathir, apabila kepentingannya tergugat, beliau akan segera memberi respon.

Perkara yang sama tidak terjadi jika isu tentang dirinya dibangkitkan dan menjadi tular dengan dasyat sekali di kalangan netizen.

Contohnya seperti isu di mana kisah anak buahnya membolot keuntungan dari PROTON. Ia menjadi bualan mulut jutaan netizen tapi Mahathir mendiamkan diri, seperti seorang pekak badak.

Begitu juga apabila ketika kisah lain di mana Mahathir berada di dalam keadaan tersepit, beliau seolah-olah membutakan diri dan enggan mengulas, namun jika kepentingannya tergugat, Mahathir akan melenting.

Kini rakyat sudah faham bahawa 1MDB itu nyawa survival Mahathir. Jika kisah 1MDB selesai maka tamatlah serangan Mahathir terhadap Najib. 1MDB hanya alat sahaja untuk Mahathir menjatuhkan Najib kerana beliau mahu kesinambungan legasi dan menaikkan zuriatnya.

Sebab itulah pihak anti Najib yang diketuai oleh Mahathir masih bergantung harap kepada isu 1MDB. Dalam entri terbarunya bertarikh 30 Mac, Mahathir meletakkan 14 point isu dan persoalan.

Seperti biasa ia masih berbentuk soalan. Dari awal serangan sehingga hari ini masih dalam bentuk soalan dan bukan dalam bentuk pembuktian.

Fahamkah Mahathir, kenyataan yang dibuat di Dewan Rakyat telah direkodkan dalam hansard Parlimen?

Ia tidak boleh lari dari fakta seperti mana isu penyelewengan wang Bank Negara dalam isu FOREX juga. Kes sorok maklumat di bawah karpet seperti kes FOREX kini bakal disiasat.

Sebenarnya Mahathir amat risau beliau akan dilihat sebagai "bodoh" dan "out of tune" jika masih bergantung harap pada isu 1MDB sedangkan ia telah selesaikan masalah hutang jangka pendek dan hutang banknya.

Maka atas sebab itu Mahathir harus terus pura-pura menyoal soalan berprofil tinggi supaya marhaen jalanan yang tidak berapa faham akan percaya kepadanya sambil berkata "jika Tun Mahathir sudah persoal begitu tentulah betul".

Jika Mahathir menerima hakikat bahawa isu 1MDB telah tamat, ia seperti pengakuan bahawa pelurunya juga sudah kehabisan. Maka orang yang egonya setinggi gunung seperti Mahathir ditambah lagi dengan dendam kesumatnya, ia adalah tamparan yang tidak boleh diterima.

Sebenarnya, Mahathir adalah "the last person" yang layak untuk berbicara berkenaan perniagaan.Di tangannya telah musnah beberapa syarikat termasuklah PROTON.

PROTON yang seusia seorang jekaka 30-an sepatut nya sudah lama bertemu jodoh (auto partner) tetapi atas gangguan beliau, PROTON masih bujang lagi dan tercari-cari teman.

Dan sebagai  kejaka berusia 30-an juga PROTON sepatutnya boleh mencari nafkah hidupnya sendiri, tetapi tidak, PROTON masih mengharap wang saku ayahnya (kerajaan), di mana kali terakhir memerlukan RM 1.5 bilion hanya untuk membayar vendor.

Mahathir tahu kerajaan kepimpinan Najib boleh dijadikan bahan kritikan jika tidak membantu PROTON, maka jika rugi pun tidak mengapa asalkan kepentingan "tertentu"  kerabat Mahathir tidak tergugat.

Itulah sebabnya Mahathir hilang kelayakan menegur 1MDB. Ini semua belum  lagi diambil kira kes kerugian dan kehilangan wang rakyat melalui perniagaan lain yang ada campur tangan beliau sendiri seperti MAS, PERWAJA, MAMINCO dan FOREX.

Semuanya jahanam di tangan Mahathir. Kesimpulannya Mahathir bukan orang yang layak bercerita berkenaan 1MDB kerana seperti ayam jantan yang berkokok ke sana kemari , punggungnya penuh dengan najis, maka begitulah Mahathir sendiri.

Kini hiduplah Mahathir dalam penafian sama seperti pentaksub beliau sendiri, penuh dengan soalan tapi defisit bukti. Rakyat sudah faham, 1MDB itu nyawa Mahathir dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Tanpanya tiada apa lagi yang boleh dikenakan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.                       



Sent from Samsung tablet.