Selasa, 25 April 2017

1MDB, IPIC setuju penyelesaian timbang tara

Isu pelaburan 1MDB di Pulau Cayman menjadi topik utama pembangkang sejak 2013 lagi. 

"Rafizi Ramli mendedahkan maklumat bahawa 1Malaysia Development Berhad (1MDB), badan pelaburan milik rakyat yang dikawal penuh Datuk Seri Najib Razak memindahkan sejumlah RM7 bilion dana ke akaun sulit di Pulau Cayman, United Kingdom. April 23 2013.
Tony Phua pula dalam Roketkini pada 2015 menuduh kementerian kewangan menggunakan wang rakyat untuk menyelamat 1MDB dengan jaminan sebanyak  4.7 billion USD kepada  IPIC

"Menurut Tony cubaan menyelamatkan 1MDB oleh MOF itu berbentuk jaminan sebanyak ASD$ 4.71 bilion (RM17.7 bilion) kepada International Petroleum Corporation (IPIC) ketika kedua-dua belah pihak bersetuju dalam sebuah perjanjian transaksi komersial yang dimeterai antara kedua-dua pihak.

“1MDB menafikan sekeras-kerasnya dakwaan saya bahawa MOF memberikan jaminan sebanyak ASD$ 4.71 bilion kepada International IPIC.
Tun Mahathir melalui bog chedet tidak mempunyai cerita menarik mengenai 1mdb, tetapi memutar belit isu-isu Najib mencuri 42 Bilion daripada 1mdb, Mahathir juga menuduh anak tiri Najib mengambil wang 1mdb untuk membuat filem lucah dan tidak terkecuali mengaitkan Rosmah isteri perdana menteri. Mahathir juga merepek sehingga mengaitkan mufti Kelantan dan mufti Perak kononnya cuba mempertahankan pencuri.


Blogger Pak Din juga mengulas panjang mengenai isu persetujuan penyelesaian timbang tara ini dalam http://pakdin.my/penyelesaian-ipic-1mdb-april-2017-apa-yang-kita-perlu-tahu/

Blogger another brick in the wall mengkritik cara Mahathir dan burung-burung kakak tua nya yang mengkritik isu 1mdb tanpa memahami secara teknikal tentang isu pelaburan dan kewangan dan tidak memahami undang-undang secara objektif. Maka lahir lah komen dan penulisan bodoh-bodoh, tidak logik dan berat sebelah. ia lebih kepada omongan kosong seorang tua nyanyuk.

Dalam satu temubual dengan wartawan, Mahathir mengaku beliau kekurangan bukti untuk membuat tuduhan dalam isu 1mdb.

justeru, dalam ceramah-ceramah parti bunga seringkali kita dengar angka-angka nya berbeza-beza. sekejap 42 billion, sekejap 7 billion sekejap 4 billion dan akhir sekali 2.6 billion.
  http://anotherbrickinwall.blogspot.my/2017/04/1mdb-ipic-resolved-cap-bunga-resort-to.html


Sementara itu YAB Perdana Menteri dalam kenyataan nya pada Mei 2016 menyatakan masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan terdapat penipuan dalam urusniaga di Cayman.
"Masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan terdapat penipuan dalam urusniaga di antara syarikat pelaburan strategik, 1MDB dengan International Petroleum Investment Company (IPIC), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Pada masa ini, terdapat pertikaian antara 1MDB dan IPIC.
“Justeru, pihak 1MDB sedang mengkaji dan mengambil segala langkah yang perlu untuk membuktikan bahawa pihak IPIC dan Aabar Investment PJS bertanggungjawab ke atas dana yang telah dibayar oleh 1MDB kepada Aabar BVI berjumlah AS$3.5 bilion,” katanya dalam jawapan bertulis parlimen semalam.
Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan ahli Parlimen DAP-Bagan, Lim Guan Eng yang meminta penjelasan disebalik peletakkan jawatan CEO 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.
Guan Eng juga turut meminta penjelasan mengenai kedudukan faedah AS$50juta yang dibayar bila IPIC enggan berbuat demikian.
https://najmibintangku.wordpress.com/2017/04/25/konflik-1mdb-dan-ipic-selesai-mengapa/

24 April (Bernama) -- 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pihak International Petroleum Investment Company (IPIC) telah mencapai persetujuan bagi penyelesaian membabitkan prosiding timbang tara di Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London.Penyelesaian itu antara lainnya adalah 1MDB akan membuat pembayaran tertentu kepada IPIC dan akan bertanggung jawab terhadap semua pembayaran faedah akan datang dan pembayaran prinsipal bagi dua bon terbitan syarikat-syarikat Kumpulan 1MDB Group yang berakhir pada 2022, kata syarikat itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Tanggung jawab ini akan dipenuhi oleh 1MDB, terutamanya menerusi usaha pengewangan unit dana pelaburan yang dimilikinya.

1MDB juga ingin mengesahkan bahawa usaha pengewangan pertama sebanyak kira-kira US$50 juta dalam tunai, telah pun diterima.

Penyelesaian timbang tara ini dan (usaha) pengewangan unit-unit dana pelaburan itu memaparkan resolusi satu cabaran besar dan menjadi bahagian penting dalam pelan rasionalisasi 1MDB yang kini di peringkat akhir untuk disempurnakan, menurut kenyataan itu.

Sementara itu dalam satu kenyataan berasingan, Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad berkata kerajaan berasa gembira kerana IPIC dan 1MDB dapat menyelesaikan pertikaian itu secara baik.

Kita juga mendapati bahawa usaha pengewangan itu membabitkan semua unit-unit dana pelaburan dimiliki 1MDB.

Perkembangan penting ini menunjukkan kemajuan positif berterusan dicatatkan oleh 1MDB yang kini hampir menyelesaikan program rasionalisasinya, katanya.

- BERNAMA