Khamis, 13 April 2017

Bocor Rahsia, Kenyataan Nga Cemar Imej Kakitangan Kerajaan



Kenyataan ADUN Kepayang (DAP), Nga Kor Ming yang mengakui dirinya menerima maklumat daripada pegawai kerajan berhubung maklumat Perbadanan Menteri Besar (MB Inc), maka mendedahkan nama mereka yang terlibat perlu dibuat.

Jika tidak, ia memperlihatkan kenyataan Pengerusi DAP Perak itu seolah-olah memberi gambaran buruk dan tidak baik kepada imej kakitangan kerajaan, ujar Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir.

“Tindakan beliau yang cuba melibatkan kakitangan awal beliau perlu bertanggungjawab dengan kenyataan itu kerana kalau tidak, kenyataan itu tidak dianggap sebagai kenyataan yang `credible’ tetapi yang menjadi mangsanya ialah penjawat awam secara umumnya kerana ia memberi imej yang buruk kepada mereka

“Kalau tuduhan itu benar, maka Kepayang (Nga) perlu sebut secara terbuka siapa pegawai yang berkenaan kerana dalam peraturan kerajaan, setiap kakitangan awam tertakluk kepada undang-undang Akta Rahsia Rasmi dan tertakluk kepada SOP,”katanya.

Dalam hal ini, Datuk Seri Diraja Dr Zambry berkata ia tidak hanya menumpukan kepada isu terhadap MB Inc semata-mata, kerana undang-undang yang ada turut tertakluk kepada semua pegawai kerajaan baik di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) mahupun pembangkang.

“Kesian kakitangan awam, ini (tuduhan tanpa pendedahan) seolah-olah pembangkang meletakkan imej kakitangan awam sebagai tidak amanah dan tidak bertanggungjawab. Ini tidak baik,” ujar beliau ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Ipoh, pada Rabu.

Semasa sesi persidangan DUN pada Selasa, beliau berkata pihaknya akan mengenal pasti pegawai kerajaan yang didakwa membocorkan dokumen mengenai aset MB Inc kepada pembangkang.

Bagaimanapun, dokumen yang dibawa pembangkang ke dalam Dewan ketika itu adalah maklumat yang boleh diperoleh semua pihak jika mereka membayar caj pemprosesan dokumen tersebut.

Antara dokumen yang dimaksudkan termasuk pelan pemilik tanah.

“Jadi maklumat sebegitu tidak boleh dikatakan ia terima maklumat daripada pegawai kerajaan,” kata Datuk Seri Diraja Dr Zambry lagi.

http://taipingmali.blogspot.my/2017/04/nga-kor-meng-mula-berasap-bontot.html