Langkau ke kandungan utama

DAP MEMANG PEWARIS PERJUANGAN PAP



Gegak-gempita jadinya penyokong DAP dan Pakatan Harapan (PH) bila Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, menyebut dalam nada yang agak keras di dalam ucapan beliau di Rusila, Marang, pada 10 April 2017 mengenai kedudukan DAP sebagai pewaris perjuangan PAP.

Bagaimanapun, bagi mereka yang betul-betul mengkaji dan memahami sejarah politik Malaysia sejak tahun 1960-an, termasuk detik waktu Singapura menyertai Malaysia dari 16 September 1963 ke 9 Ogos 1965, ucapan ini tidak mengandungi sebarang kontroversi kerana ia adalah satu hakikat.

Ayat "The DAP is committed to the struggle for a free, democratic socialist Malaysian Malaysia" dan ayat "DAP adalah komited kepada perjuangan untuk sebuah negara Malaysia untuk rakyat Malaysia yang bebas dan demokratik sosial" jelas terpampang di dalam laman web rasmi DAP.

Perjuangan Malaysian Malaysia bermula dari inisiatif PAP mengumpulkan empat parti lain, iaitu United Democratic Party (UDP) dan People's Progressive Party (PPP) dari Semenanjung Malaysia serta Sarawak United People's Party (SUPP) dan Machinda dari Sarawak pada 9 Mei 1965.

Para pemimpin keempat-empat parti ini, dengan diketuai oleh PAP, di dalam perjumpaan mereka di Sri Temasek, Singapura, telah mengeluarkan deklarasi bersama atas nama Malaysian Solidarity Convention (MSC) bagi meminta sokongan rakyat ke atas perjuangan Malaysian Malaysia.

Peri pentingnya konsep Malaysian Malaysia kepada perjuangan PAP dan empat parti rakannya ini boleh dilihat melalui sebutan "Malaysian Malaysia" sebanyak 15 kali di dalam deklarasi bersama yang menyeru rakyat menghadiri konvensyen di Teater Nasional, Singapura, pada 6 Jun 1965.

Terang deklarasi bersama ini, "A Malaysian Malaysia means that the nation and the state is not identified with the supremacy, well-being and the interests of any one particular community or race", yang membawa makna bahawa tiada kaum mempunyai kelebihan berbanding kaum lain.

Di dalam pengenalannya, deklarasi bersama ini menyebut betapa kesedaran untuk menghasilkannya wujud ekoran kesedaran para pemimpin keempat-empat parti ini mengenai ancaman pihak luar kepada Malaysia dan petanda masalah ekoran pertelingkahan dalaman.

Kebetulannya, Yang di-Pertuan Agong di dalam titah ucapan sewaktu merasmikan pembukaan sidang Parlimen pada 26 Mei 1965, turut menyebut mengenai ancaman pihak luar kepada Malaysia di samping "ancaman dari dalam negeri" yang bertujuan hendak menimbulkan kekacauan.

Lee Kuan Yew, yang seolah-olah termakan cili, sewaktu membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada 27 Mei 1965, mempersoalkan kewajaran Baginda memperkatakan mengenai "ancaman dari dalam negeri" tanpa menyebut identiti sebenar pihak yang menjadi ancaman ini.

Sambil mempertahankan diri beliau dan pemimpin MSC lain dari serangan yang dibuat di dalam media massa ke atas konsep Malaysian Malaysia, Lee Kuan Yew mempertegaskan sambil menjelaskan dengan panjang lebar konsep ini di dalam ucapan beliau di Parlimen pada hari itu.

Lee Kuan Yew juga mengemukakan cadangan supaya usul terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong dipinda dengan menambah ungkapan lain, iaitu menyesali bahawa titah ucapan Baginda tidak meyakinkan negara bahawa Malaysia akan membangun ke arah Malaysian Malaysia.

Setelah berbahas panjang, termasuk mendengar penjelasan Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein, usul Lee Kuan Yew ditolak setelah ia hanya mendapat sokongan 14 Ahli Parlimen berbanding bangkangan 108 Ahli Parlimen lain dalam pengundian yang dibuat pada 3 Jun 1965.

Dalam pada itu, Lee Kuan Yew, dalam satu lagi ucapannya di Singapura pada 30 Mei 1965, sekali lagi menekankan betapa Singapura tidak pernah bersetuju dengan pemerintahan Melayu bila ia menyertai Malaysia sambil menegaskan cakap-cakap mengenainya adalah cakap-cakap bodoh.

Beliau juga menyebut betapa isu Malaysian Malaysia perlu diputuskan sekarang, tanpa perlu menunggu lima atau 10 tahun lagi, kerana jika mereka tidak mahu maka ia akan menjadikannya lebih mudah untuk pihak yang mahukannya membuat rancangan-rancangan alternatif lain.

Kata beliau, salah satu rancangan ini adalah untuk menggabungkan semua negeri yang bersetuju dengan konsep Malaysian Malaysia, di mana beliau menyebut tiga negeri, iaitu Singapura, Sabah dan Sarawak, sambil menambah Melaka dan Pulau Pinang sebagai mungkin turut berminat.

Seterusnya, di dalam konvensyen MSC pada 6 Jun 1965, Lee Kuan Yew telah memberi ucapan yang berapi-api dengan di antara lainnya mengingatkan mereka mengenai slogan yang beliau berikan dan yang mereka setujui, iaitu Malaysian Malaysia, dan betapa mereka akan menang.

Bagaimanapun, apa yang berlaku adalah di sebaliknya, di mana Singapura akhirnya terkeluar dari Singapura setelah Parlimen meluluskan "The Constitution And Malaysia (Singapore Amendment) Bill" yang dikemukakan oleh Perdana Menteri, Tengku Abdul Rahman Putra, pada 9 Ogos 1965.

Apa yang berlaku selepas itu tercatat kemas di dalam lipatan sejarah, di antaranya ialah di dalam Laporan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang dibentangkan oleh Pengerusi DAP, Dr Chen Man Hin, kepada Persidangan Kebangsaan pertama DAP di Setapak pada 17 Mac 1968.

Di dalam laporan ini, Dr Chen Man Hin, yang sekarang merupakan Penasihat Seumur Hidup DAP, menyebut mengenai bagaimana tenaga Malaysian Malaysia tidak mati bila Singapura terkeluar, di mana peranan dimainkan PAP terus diambil-alih oleh satu PAP yang berasaskan Malaysia.

Kata Dr Chen Man Hin, PAP Malaysia ini dibatalkan pendaftarannya pada 9 September 1965 menyebabkan para pemimpinnya mendaftarkan sebuah parti baru bernama DAP yang diluluskan pendaftarannya pada 19 Mac 1966, maka bermulalah perjuangan Malaysian Malaysia DAP.

Dr Kamaruzzaman Yusof
MAPAN, UUM


Sent from Samsung tablet.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perihal Elaun Keraian Kakitangan Kerajaan

ELAUN KERAIAN
BAGI pegawai-pegawai kerajaan gred 43 ke atas, mereka di peruntukkan dengan elaun keraian yang merupakan sebahagian daripada pendapatan mereka. Elaun minima RM400 sebulan di kecualikan daripada cukai pendapatan.

Imbuhan Tetap Keraian yang diberikan kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai tertentu dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional merupakan elaun yang dibayar atas kadar tetap secara bulanan.

Tujuan pemberian Imbuhan Tetap Keraian adalah sebab jawatan dan tanggung jawab pegawai memerlukan mereka meraikan tetamu bagi mewujudkan suasana ramah mesra. -- FAQ SSM oleh JPA

Namun pada kebiasaannya, Imbuhan Tetap Keraian ini hanya digunakan untuk meraikan diri sendiri ataupun keluarga sendiri sahaja ataupun untuk membayar hutang-hutang peribadi sahaja.

Andai kata ada tetamu yang datang ke pejabat dan mereka di jamu, itu adalah dari perbelanjaan pejabat. Malahan ada pejabat yang membayar makan minum tetamu yang diraikan di hotel/restoran menggunak…

#SIAPA_ARAH_BUNUH_ALTANTUYA?

(By: Ariff Ahmad)
Walaupun Kerajaan Australia telah bersetuju untuk membenar Sirul dibawa pulang ke Malaysia tetapi reaksi Mahathir terhadap isu tersebut adalah seperti dia tidak berminat untuk membenarkan Sirul Azhar pulang ke Malaysia (sila rujuk FAKTA 1).  
Mengapa Mahathir tidak berapa bersetuju dengan cadangan tersebut. Untuk memahaminya, maka kita perlu rujuk kepada sejarah pembelian kapal selam tersebut.
Mengikut siasatan saya, Rancangan untuk membeli kapal selam telah mula dibahas di Parlimen seawal tahun 1993 lagi (sila rujuk pada beberapa SCREENSHOT HANSARD dibawah). Persoalannya ialah, jika Mahathir sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan berkata dia tidak tahu tentang rancangan hendak membeli KAPAL SELAM, jadi apa yang Mahathir buat semasa isu tersebut dibahas di Parlimen. DIA TIDUR AGAKNYA  
Ini adalah fakta-fakta tentang siapa yang terlibat didalam pembelian kapal selam Scorpene
👉1) Yang mencadangkan pembelian kapal selam ialah
a) Mokhzani Mahathir dan 
b) Ibrahim M…

APA SEBENARNYA TUN MAHATHIR MAHU?

TS Zeti dan Tun Daim telah mengakui ekonomi negara kekal kukuh dan rezab simpanan negara mempunyai rm436 billion, tertinggi dalam sejarah negara!
Terbaru Tun Mahathir telah membuat kenyataan yang mana 1MDB ...penubuhan siasatan diRaja ( RCI ) tidak perlu kerana tiada bukti kukuh untuk disabitkan kesalahan pada Najib.
Kini semuanya sudah nyata dan jelas..100% sebelum ini isu2 tersebut telah di politikkan kerana ada sesuatu yang tersembunyi hanya Najib dan Mahathir sahaja yang mengetahui.
Dulu Mahathir kata Najib dan kerajaan BN perlu ditumbangkan untuk menyelamatkan negara dari MUFLIS  dan juga tak mahu aset2 negara dijual ke negara luar. 
Malah dengan konsisten mengatakan Najib penyamun dan pencuri harta rakyat serta mengayakan keluarga mereka.
Hanya 5 hari sahaja Mahathir dapat kuasa..segalanya sudah terjawab hanya dengan kenyataan Zeti dan Daim sahaja.
Adakah Mahathir jujur dengan perjuangan agama bangsa dan negara?
Dalam sejarah satu permainan politik yang amat kotor...fitnah, pembohongan…