Sabtu, 22 April 2017

JIRAT CINA – ADUN JERAM DIPERANGKAP?



Siapa sebenarnya yang menipu?

Azmin Ali pada 31hb Mac 2017 di Dewan Undangan Negeri Selangor memberitahu kepada ahli-ahli dewan bahawa projek jirat Cina di Jeram dan Meru tidak akan dijalankan sekiranya tidak mendapat sokongan daripada ADUN Jeram, YB Dato' Haji Amiruddin Setro.

Namun, semakan yang dibuat mendapati Pejabat Menteri Besar Selangor telah pun meluluskan permohonan menukar status tanah yang dikemukakan oleh syarikat pemaju, Everest Fairway Sdn. Bhd. melalui Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Selangor pada 20hb September 2016.

Pemakluman kelulusan ini kemudiannya disampaikan kepada syarikat pemaju oleh Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Selangor melalui sepucuk surat bertarikh 6hb Oktober 2016.

Semakan juga mendapati syarikat pemaju telah menghantar sepucuk surat ke pejabat ADUN Jeram bertarikh 24hb Oktober 2016 bertujuan memohon sokongan Dato' Amiruddin ke atas projek tersebut.

Anehnya, syarikat pemaju tidak pula menghantar surat yang sama kepada ADUN Meru meskipun sebahagian besar tapak projek ini terletak dalam kawasan DUN berkenaan.

Lebih mencurigakan, apakah motif sebenar syarikat pemaju memohon sokongan daripada ADUN Jeram sedangkan projek ini sudah pun mendapat lampu hijau untuk diteruskan selain ia dibina atas tanah milik persendirian?

Sama ada ia disokong atau pun tidak, syarikat pemaju tetap boleh dan akan meneruskan projek tersebut kerana sudah pun mendapat kelulusan daripada Menteri Besar sendiri sebulan lebih awal.

Adakah faktor politik menjadi sebab utama syarikat pemaju memohon sokongan bertulis daripada ADUN Jeram? Adakah beliau (ADUN Jeram) telah diperangkap dalam usaha mereka mengawal impak bantahan daripada para penduduk?  

Azmin pasti tahu rahsia di sebalik helah ini.

#deleaks
#infoSelangor
#IngatPKRIngatRasuah