Langkau ke kandungan utama

LIM GUAN ENG KAKI KELENTONG

LIM SANGGUP MEMBURUKKAN KERAJAAN MALAYSIA DI SINGAPURA DALAM USAHANYA MENGEMIS DANA DARI SINGAPURA

Saya berkesempatan untuk mendengar sendiri di samping membuat transkripsi lengkap ke atas rakaman dialog tertutup membabitkan Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, di Lecture Theatre, Student Wing, Block S3.1 Level B3, Rajaratnam School of International Studies, Nanyang Technological University, Singapura, pada 10 Disember 2014.

Mengikut keterangan Lim Guan Eng di dalam rakaman tersebut, tujuan beliau berkunjung ke Singapura pada hari itu adalah untuk cuba mendapatkan persetujuan dengan Temasek Holding, iaitu sebuah syarikat pelaburan milik Kerajaan PAP dengan sahamnya dimiliki oleh Menteri Kewangan Singapura ("to try to close the deals with Temasek Holding") membabitkan satu perjanjian kerjasama bernilai RM11.3 bilion untuk membangunkan Hi-Tech Park di Batu Kawan, Pulau Pinang ("a RM11.3 billion join venture deal to develop Hi-Tech Park in Batu Kawan, Penang").

Apa yang dikesalkan adalah, atas tujuan untuk mendorong Temasek Holding menyalurkan dana pelaburan kepada Pulau Pinang, Lim Guan Eng tanpa segan silu malah dengan begitu bersungguh-sungguh sekali mempertikaikan keupayaan para pemimpin Kerajaan BN menguruskan ekonomi Malaysia serta memuji melangit keupayaan pemimpin Kerajaan PAP menguruskan ekonomi Singapura.

Sangat mengejutkan bagi saya betapa, dalam keterujaan beliau mengutuk pemimpin Kerajaan BN ini, Lim Guan Eng, ketika menjawab soalan seorang peserta yang berasal dari Pulau Pinang, sanggup mendakwa bahawa Kerajaan Persekutuan tidak pernah memberikan walau sesen pun kepada Kerajaan Pulau Pinang untuk membangunkan Pulau Pinang. Dakwa Lim Guan Eng: "Have you been back to Penang? Go back to Penang and see for yourselves. Remember, not a single cent from the Federal Government." (Terjemahan dakwaan Lim Guan Eng: "Sudahkah kamu balik ke Pulau Pinang? Balik ke Pulau Pinang dan lihat sendiri. Ingat, tiada satu sen pun dari Kerajaan Persekutuan.")

Malah, bukan setakat itu sahaja, kerana Lim Guan Eng juga menuduh BN membayar pengundi RM5,000 seorang bagi mengalahkan beliau di dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 2013. Dakwa Lim Guan Eng: "You know in my constituency in the last general election they were offering votes at RM500 before, actually RM5,000 per vote. You are from Penang, you know. So they were paying voters RM5,000 per vote but yet they lost very badly." (Terjemahan tuduhan Lim Guan Eng: "Kamu tahu dalam kawasan saya dalam pilihan raya umum lalu mereka menawarkan RM500 untuk setiap undi sebelum ini, sebenarnya RM5,000 untuk setiap undi. Kamu dari Pulau Pinang, kamu tahu. Jadi mereka membayar para pengundi RM5,000 untuk setiap undi tetapi mereka kalah dengan sangat teruk.")

Dr Kamarul Zaman Yusoff,
Pengarah, Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN),
Universiti Utara Malaysia.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perihal Elaun Keraian Kakitangan Kerajaan

ELAUN KERAIAN
BAGI pegawai-pegawai kerajaan gred 43 ke atas, mereka di peruntukkan dengan elaun keraian yang merupakan sebahagian daripada pendapatan mereka. Elaun minima RM400 sebulan di kecualikan daripada cukai pendapatan.

Imbuhan Tetap Keraian yang diberikan kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai tertentu dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional merupakan elaun yang dibayar atas kadar tetap secara bulanan.

Tujuan pemberian Imbuhan Tetap Keraian adalah sebab jawatan dan tanggung jawab pegawai memerlukan mereka meraikan tetamu bagi mewujudkan suasana ramah mesra. -- FAQ SSM oleh JPA

Namun pada kebiasaannya, Imbuhan Tetap Keraian ini hanya digunakan untuk meraikan diri sendiri ataupun keluarga sendiri sahaja ataupun untuk membayar hutang-hutang peribadi sahaja.

Andai kata ada tetamu yang datang ke pejabat dan mereka di jamu, itu adalah dari perbelanjaan pejabat. Malahan ada pejabat yang membayar makan minum tetamu yang diraikan di hotel/restoran menggunak…

#SIAPA_ARAH_BUNUH_ALTANTUYA?

(By: Ariff Ahmad)
Walaupun Kerajaan Australia telah bersetuju untuk membenar Sirul dibawa pulang ke Malaysia tetapi reaksi Mahathir terhadap isu tersebut adalah seperti dia tidak berminat untuk membenarkan Sirul Azhar pulang ke Malaysia (sila rujuk FAKTA 1).  
Mengapa Mahathir tidak berapa bersetuju dengan cadangan tersebut. Untuk memahaminya, maka kita perlu rujuk kepada sejarah pembelian kapal selam tersebut.
Mengikut siasatan saya, Rancangan untuk membeli kapal selam telah mula dibahas di Parlimen seawal tahun 1993 lagi (sila rujuk pada beberapa SCREENSHOT HANSARD dibawah). Persoalannya ialah, jika Mahathir sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan berkata dia tidak tahu tentang rancangan hendak membeli KAPAL SELAM, jadi apa yang Mahathir buat semasa isu tersebut dibahas di Parlimen. DIA TIDUR AGAKNYA  
Ini adalah fakta-fakta tentang siapa yang terlibat didalam pembelian kapal selam Scorpene
👉1) Yang mencadangkan pembelian kapal selam ialah
a) Mokhzani Mahathir dan 
b) Ibrahim M…

APA SEBENARNYA TUN MAHATHIR MAHU?

TS Zeti dan Tun Daim telah mengakui ekonomi negara kekal kukuh dan rezab simpanan negara mempunyai rm436 billion, tertinggi dalam sejarah negara!
Terbaru Tun Mahathir telah membuat kenyataan yang mana 1MDB ...penubuhan siasatan diRaja ( RCI ) tidak perlu kerana tiada bukti kukuh untuk disabitkan kesalahan pada Najib.
Kini semuanya sudah nyata dan jelas..100% sebelum ini isu2 tersebut telah di politikkan kerana ada sesuatu yang tersembunyi hanya Najib dan Mahathir sahaja yang mengetahui.
Dulu Mahathir kata Najib dan kerajaan BN perlu ditumbangkan untuk menyelamatkan negara dari MUFLIS  dan juga tak mahu aset2 negara dijual ke negara luar. 
Malah dengan konsisten mengatakan Najib penyamun dan pencuri harta rakyat serta mengayakan keluarga mereka.
Hanya 5 hari sahaja Mahathir dapat kuasa..segalanya sudah terjawab hanya dengan kenyataan Zeti dan Daim sahaja.
Adakah Mahathir jujur dengan perjuangan agama bangsa dan negara?
Dalam sejarah satu permainan politik yang amat kotor...fitnah, pembohongan…