Rabu, 12 April 2017

Penjual burgers biadap

Apakah masalah yang melanda pemikiran budak tadika ini? Hidup dan membesar dengan segala kemudahan dari dalam perut ibu hingga kelahiran mereka yang sentiasa diambil berat oleh kerajaan tetapi jadi seperti ini.

Dari dalam perut emak nya berkunjung ke klinik kesihatan atau klinik bidan untuk menjaga mereka tanpa membayar kos ubat. 

Apabila nak dilahirkan ke dunia ambulans pergi ke rumah dan bawa ke hospital untuk keluarkan mereka ke dunia tanpa gagal. Mereka akan di jaga kesihatan dan diberikan imunisasi sehingga dewasa. Jarang kita dengar ibu dan anak mati sewaktu proses kelahiran. 

Bila sudah boleh bersekolah, mereka dimasukkan ke tadika dan seterusnya menerima pelbagai kemudahan di alam persekolahan. Bahkan kos atau yuran peperiksaan pun kini sudah di kecualikan.  

Apakah mereka tidak tahu dan sedar akan segala urusan mereka dari dalam perut dijaga oleh kerajaan? 

Inilah hasilnya apabila hati menjadi buta, dek kerana hasutan parti politik yang ingin menjatuhkan kerajaan yang ada.  

Mereka merosakkan minda anak bangsa dengan pelbagai momokan negatif yang boleh merosakkan akidah dan pemikiran mereka.  

Sedarlah wahai mangkok mangkok hayun penjual burger ini, awak berniaga ada lesen kah? Ada suntikan thypoid kah? Cuba kamu pergi berniaga di Pulau Pinang atau Selangor sudah tentu gerai burger kamu dirampas oleh pihak berkuasa.  



Sent from Samsung tablet.