Isnin, 17 April 2017

Tun Dr Mahathir jadi bisu bila hasil pelaburan Najib di India menguntungkan kroninya



1. Serangan dan kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad bertali arus terhadap usaha pelaburan yang dijalankan oleh Datuk Seri Najib. Kritikan paling popular terhadap pelaburan China ke Malaysia dengan mendakwa Datuk Seri Najib tergamak menjual kedaulatan Malaysia kepada China.

2. Namun, selepas Datuk Seri Najib pulang dari lawatan ke India dengan membawa balik hasil sebanyak 31 memorandum persefahaman (MoU) sekitar RM160 bilion, beliau diam membisu. Antara yang menjadi tumpuan adalah projek bandar pembangunan bersepadu bandar maritim di Pulau Carey antara MMC Port Holdings Sdn. Bhd., Sime Darby Property Berhad dengan Adani Ports dan Special Economic Zone Limited untuk tempoh 30 tahun.

3. Mahathir tiba-tiba sahaja menjadi 'bisu' dan tidak mengkritik projek mega hasil pelaburan dengan India seperti mana beliau mengkritik pelaburan China ke Malaysia. Timbul persoalan, adakah kritikan beliau hanya tertumpu kepada projek yang tidak melibatkan kroni-kroninya sahaja? Seperti sedia maklum bahawa MMC Port Holdings Sdn. Bhd. adalah milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

4. Jelaslah bahawa Mahathir hanya menakutkan rakyat dengan pelbagai isu rekaannya bagi memenuhi motif politik semata-mata. Jika benar setiap pelaburan dan kerjasama ekonomi Malaysia dengan negara luar adalah sebagai menjual kedaulatan negara, beliau patut bangun lagi sekali dan mengkritik seperti sebelum ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan