Khamis, 11 Mei 2017

AKHRAM SHAH TUDUH NAJIB SEBAGAI JOSEPH STALIN




Malam tadi bertempat di sebuah restoran di Pusat Bandar Melawati Akhramsyah Sanusi telah duduk sebaris dengan Sotong Pandan, Khalid Samad MP Shah Alam yang akan kehilangan kelayakan untuk bertanding dalam PRU 14. Mereka duduk dalam merealisasikan agenda Yahudi untuk menjatuhkan kerajaan yang ada.

Mereka menggunakan tag line SATUKAN TENAGA SELAMATKAN MALAYSIA. Tag line tersebut telah lama digunakan dalam Demo Bershit yang diketuai oleh Maria Chin  Abdullah, Ambiga dll.  Ini menunjukkan demo Bershit tidak akan diadakan lagi pada tahun ini kerana perpecahan dengan parti dominan pembangkang iaitu PAS. Tanpa Pas siapalah PKR dan DAP.



Nak fokus di sini ialah kenyataan Akhram Syah yang menyamakan YAB Dato Seri Najib Razak sebagai Diktator Joseph Stalin.

Akhram Syah menuduh Najib sebagai penyamun nombor 1 dunia dengan merujuk kepada majalah TIME. Najib sibuk nak mengangkat RUU 355 tetapi dia sendiri yang menyamun. RUU355 di tolak sama sekali oleh Akhram.

Najib dikatakan telah menyiksa rakyat dengan pelaksanaan GST dan membuang semua subsidi. Najib tidak mampu membangunkan ekonomi negara.

Akhram kata Najib mendapat ilham daripada Stalin dalam memberi BR1M kepada rakyat. Akhram tidak bersetuju dengan BR1M dan akan menghapuskannya jika dia dan PH memerintah.

SIAPA DIA MANGKOK HANYUN AKHRAM INI.

Akhram Syah adalah anak Sanusi Junid bekas Naib Presiden  Umno yang ditumbangkan oleh Team Wawasan pimpinan Anwar Ibrahim pada tahun 1993.

Akhram seorang pemuda Umno yang mempunyai cita-cita tinggi dalam karier politik melalui jalan mudah. Akan tetapi semua jalan mudah yang beliau rintis menemui kegagalan.

Tahun 2013 beliau terus melompat untuk bertanding ketua pemuda Umno Malaysia dengan mencabar Khairy Jamaludin. Beliau mendapat mandat daripada Tun Mahathir untuk melawan KJ selepas Mukhriz gagal berbuat demikian pada tahun 2009.

Dalam pertandingan Ketua Pemuda 2013 Akhram kalah teruk tidak ada satu bahagian Umno pun yang mencalonkan beliau.

Sebelum itu pada 2011, Akhram cuba mengambil alih kepimpinan MAYC dengan cara menipu.

KRISIS KEPIMPINAN MAYC
Posted on  by Moderator
KRISIS kepemimpinan MAYC nampaknya berlanjutan hingga ke hari ini setelah berlanjutan hampir setahun. Ini hasil dari tindakan bekas presidennya, Tan Sri Syed Hamid Albar yang mendakwa pelantikan Akhramsyah Sanusi sebagai presiden dan jawatankuasa baru pada mesyuarat agung tahunan (AGM) 31 Julai lalu tidak sah sedang kedudukan dia sendiri sebagai Presiden MAYC sudah banyak cacat celanya

 http://dinturtle.blogspot.com/2013/09/akhramsyah-penipu-tidak-pernah-jadi.html


Moral of the cerita ialah AKHRAM SYAH sememangnya tak boleh pakai, tak guna seduit kata orang Kedah.

Dulu dia ni jadi blogger dan suka menghadiri majlis-majlis keramaian yang berkait dengan politik. Jika ada ruang bercakap dia akan jual minyak tetapi isi percakapannya satu pun tak boleh pakai dan sering disanggah oleh rakan-rakan lain. Isi percakapannya tidak berlandas asas-asas dan realiti tetapi lebih banyak kepada teori-teori barat yang belum tentu ada kebenarannya dengan budaya Islam dan budaya Timur.