Selasa, 2 Mei 2017

AZMIN ALI DI PERSIMPANGAN DILEMA

Terkini, hasil daripada konsensus muktamar Pas di Kedah yang memutuskan untuk Memisahkan Diri daripada perhubungan dan ikatan politik dengan PKR , dan juga ancaman 4 Adun PKR untuk  keluar parti telah mendatangkan Ancaman Politik kepada MB Azmin Ali ,

Azmin Amat Berang Dengan Rafizi
Apakah Azmin akan mencari Pas untuk menyelamatkan dirinya?

Dengan Pru 14 yang dijangka dalam masa terdekat tahun ini, Azmin tidak ada pilihan lain selain membubarkan DUN negeri ,

Pun begitu Ancaman Kerajaan Dap Pkr Selangor akan tumbang dalam masa terdekat tidak dapat dinafikan lagi ,

Proses tawar menawar politik dikatakan sedang berlaku dan ianya kelihatan agak mencemaskan Pkr Selangor dan karier politik Azmin ,

Tekanan politik terhadap Azmin dan ditambah pula dengan krisis dalaman parti Pkr telah melemahkan satu pihak dan dalam masa yang sama telah membawa kejayaan kepada Rafizi Ramli.

Rafizi  telah menyerang Azmin. Salah satu serangannya ialah laporan salah laku terhadap Azmin yang dikatakan wujud habuan wanita dalam mendapatkan projek kerajaan.

Ia juga menjadi punca Amin tidak dipercayai lagi di Selangor dan ia merupakan sebab  tumbangnya orang kuat Azmin dlm Pkr, kem Azmin di dalam Pkr agak goyah diserang oleh kelompok inner circle  Rafizi, Wan Azizah dan Nurul ,

Sepanjang dua tahun pentadbiran Azmin Ali selepas kegagalan Langkah Kajang, Selangor dilihat tidak banyak perubahan dan pembangunan untuk rakyat.

Azmin dilihat lebih tunduk kepada desakan dan permintaan cina Dap. Pentadbiran Azmin sama seperti yang berlaku kepada Nizar Jamaluddin di Perak memasa memerintah 11 bulan  selepas PRU 12 tahun 2008.

Azmin lebih banyak meluluskan projek perumahan mampu tengok.  Oleh itu rakyat Selangor melihat, tidak ada satu pun hasil yang ditunjukkan oleh Azmin untuk membangunkan projek perumahan rakyat.

Bila terdesak, Azmin muncul dengan pelbagai skim baru untuk mengaburi mata rakyat seperti Skim Smart Sewa dan Skim Penjagaan Kesihatan untuk rakyat, namun ia juga menguntungkan Dap. Azmin dilihat sebagai boneka Dap. Ia bertentangan dengan idea Anwar yang mahu lebih kuasa untuk memperkudakan DAP.

Wan Azizah dan Anwar Ibrahim sememangnya menilai tahap pencapaian Azmin Ali dan ternyata beliau gagal sebagai menteri besar.

Langkah Kajang adalah agenda Anwar untuk meletakkan isterinya Wan Azizah sebagai menteri besar  tidak kesampaian apabila hak Wan Aziziah dinafikan oleh undang-undang tubuh kerajaan negeri.




Semenjak Azmin menjadi MB tiada satu pun kejayaan signifikan yang boleh di banggakan oleh rakyat Selangor melainkan Azmin terpalit dengan pelbagai skandal antaranya;

1. ISU DEIG
2. ISU PENJUALAN TANAH UNTUK PEMBANGUNAN BANDAR DAN RUMAH MAMPU TENGOK
3. ISU KEKAYAAN ADAM RASLY YANG MELAMPAU.
4 ISU HABUAN SEKS
5. ISU KENAIKAN SEMUA CUKAI PINTU DAN LAIN LAIN
6. ISU AIR YANG TIDAK PERNAH BERAKHIR SEJAK 2008
7. ISU LEBUH RAYA BARU YANG DIHALANG PEMBINAAN OLEH AZMIN
8. ISU KENAIKAN TOL DI LEBUH RAYA SELANGOR
9. ISU SAMPAH YANG TAK PERNAH ADA PENGAKHIRAN NYA
10. DLL.



JADI APAKAH TINDAKAN AZMIN ALI UNTUK MENGEKALKAN KUASANYA DI SELANGOR ?