Isnin, 22 Mei 2017

DAP PARTI RASIS YANG TERAMAT BIADAP

Perangai DAP sememangnya buruk, baik di sidang dewan negeri Pulau Pinang, Selangor, Perak dan juga di Dewan Rakyat.

Mereka boleh menyerang pihak lawan sesuka hati, tetapi tidak mengizinkan lawan mempertikaikan keputusan dan hujah mereka. Siapa yang bercakap keras dan pedas pasti kena halau oleh speaker.

Ini baru jadi speaker di Selangor dan Pulau Pinang, belum lagi memerintah negara. Jika Dap berkuasa   Utusan Malaysia, Berita Harian pasti diarah tutup, begitu juga RTM akan bertukar jadi TVDAP dan TV3 mungkin ditutup untuk menjimatkan kos.

Tidak mustahil ianya akan berlaku kerana mereka sudah menyuarakan kita berjaya tawan Putrajaya jumlah kaki tangan kerajaan akan dikurangkan terutama guru, doktor, tentera dan sebagainya.

Paling terkesan ialah guru-guru agama yang kini ghairah menyokong pembangkang. Dap Sarawak sendiri beberapa kali menyuarakan sikap anti guru agama dan telah mengeluarkan cadangan agar guru-guru agama dari semenanjung dihalang daripada mengajar di Sarawak.

Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang mula panas apabila YB Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah (BN Teluk Bahang) diarahkan oleh Speaker supaya meninggalkan dewan dan dikenakan hukuman gantung selama sehari daripada menghadiri Sidang Dewan hari ini.

Kenyataan tersebut dibangkitkan oleh YB R.S.N Rayern (DAP Seri Delima) ketika perbahasan dan dipercayai merujuk kepada isu kontroversi membabitkan Ahli Parlimen Tasek Gelugor , YB Datuk Shabudin Yahaya berkenaan isu perkahwinan dengan mangsa rogol.

YB Shah Headan yang tidak berpuas hati dengan tuduhan tersebut bangkit dan mendesak supaya YB Rayern menarik balik kenyataan tersebut yang disifatkan beliau sebagai melampau dan keterlaluan.

Speaker kemudiannya mengarahkan YB Shah Headan supaya duduk dan pada ketika ini berlaku perang mulut antara kedua-dua Adun terbabit apabila YB Shah Headan turut meminta supaya YB Rayern juga untuk duduk.

Serentak dengan itu Speaker kemudiannya telah mengarahkan kedua-dua Adun terlibat supaya meninggalkan dewan dan dikenakan pengantungan selama sehari.

YB Shah Headan sewaktu ditemui berkata adalah tidak wajar kenyatan seperti itu dibangkitkan kerana jelas ia merupakan tuduhan yang disengajakan apatah lagi YB Shabudin tidak berada dalam dewan dan tidak dapat mempertahankan dirinya.

Beliau turut mempersoalkan keputusan Speaker kerana tindakan beliau hanyalah untuk mempertahankan BN daripada tuduhan menggunakan wanita sebagai simbol seks yang dilakukan dengan niat dan disengajakan oleh YB Rayern.

DAP PATUT DINYAHKAN  DARI BUMI MALAYSIA ATAU TANAH MELAYU