Jumaat, 12 Mei 2017

EMPAT FAKTOR MENJADIKAN UMNO BERTAHAN SEHINGGA KINI



Asas perjuangan UMNO yang berpaksikan Islam, Melayu, Bumiputera dan negara antara empat faktor yang menjadikan UMNO sebagai parti paling berjaya di Malaysia.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, asas perjuangan tersebut bukan sahaja tidak pernah diabaikan tetapi terus di perkasa.

“Islam di perkasa kerana UMNO. Melayu dimartabatka kerana UMNO. Malaysia berjaya kerana perjuangan UMNO dan Barisan Nasional,” kata Najib dalam ucapan perasmian sambutan Ulang Tahun UMNO ke-71 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Selain itu, perjuangan UMNO untuk rakyat dari dahulu hingga kini turut menjadi faktor kejayaan UMNO untuk terus bertahan.

“Kita berjuang bukan untuk ahli sahaja tetapi untuk semua rakyat Malaysia tidak kira kaum, agama dan keturunan. Pembangunan untuk rakyat Malaysia.

“Kita jaga keselamatan untuk rakyat Malaysia, kita jaga perpaduan untuk rakyat Malaysia. Kita terus dapat keyakinan setiap kali pilihan raya diadakan,” kata Najib.

Najib yang juga Perdana Menteri berkata, kejayaan UMNO juga kerana parti itu terus relevan kerana isu-isu yang diperjuangkan sepanjang parti itu ditubuhkan.

Visi dan tindakan yang diambil oleh UMNO turut menjadikan parti kekal berjaya sehingga kini.

“Wawasan tanpa tindakan sia-sia sahaja. Kita bukan macam pembangkang.

“Pembangkang tidak sehaluan. BN kita hidup satu keluarga dan kita mendokong dasar yang sama,” kata Najib. – UTUSAN ONLINE