1. Kita menyambut baik pengumuman Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberikan bonus sebanyak 2.5 bulan gaji bagi tahun 2017 kepada kakitangan kerajaan negeri di seluruh Selangor.
Namun, sebagai mengotakan janji kerajaan yang telus, Azmin perlu menyatakan sumber pembiayaan ini dari mana? Adakah daripada sumber-sumber cukai rumah urut, pusat judi dan pusat-pusat hiburan keluarga yang berleluasa di seluruh pelosok negeri?
Untuk rekod, terdapat lebih 4,000 buah rumah urut dan 6,000 pusat judi berlesen dan tidak berlesen sedang beroperasi di Selangor ketika ini dengan sebahagian besarnya menjadi sumber pendapatan kerajaan negeri.
2. Bonus 2.5 bulan gaji yang diumumkan oleh Azmin Ali ini hanya untuk kira-kira 21,700 orang kakitangan awam sahaja. Ia tidak menyeluruh berbanding jumlah pembayar cukai di seluruh Selangor.
Pekerja swasta dan persendirian misalnya, tidak akan menerima apa-apa insentif kewangan meskipun mereka membayar cukai tanah, pintu dan sebagainya sekaligus menyumbang kepada pendapatan kerajaan Azmin hari ini. Adakah ini yang dikatakan adil?
3. Pemberian bonus 2.5 bulan gaji ini tidak berlandaskan prinsip keadilan kerana kakitangan awam yang bergaji besar akan menerima lebih banyak bonus berbanding pekerja bergaji rendah sedangkan bebanan kos sara hidup sama. Sebagai perbandingan, Azmin Ali sebagai Menteri Besar dengan gaji sebanyak RM29, 250.00 akan menerima sejumlah RM73,125.00tidak termasuk elaun-elaun khas lain dan gaji semasa. Itu nilai bonus sahaja.
Hannah Yeoh pula bakal menerima bonus sehingga RM56,250.00 manakala anggota Exco Kerajaan Negeri bakal menerima tak kurang RM51,000 setiap orang. Bagaimana dengan kakitangan biasa dengan gred rendah? Anda kiralah sendiri. Ia sama sekali berbeza dengan kaedah pemberian bonus oleh kerajaan pusat yang adil kepada semua kakitangan awam tanpa mengira jumlah gaji asas yang diterima.
4. Adalah mudah bagi Azmin menggula-gulakan rakyat dengan pemberian bonus sebegini kerana jumlah kakitangan awam yang berada di bawah tanggungan kerajaan negeri kecil sahaja. Azmin juga mampu menyimpan duit yang banyak dan berbangga dengan surplus setiap tahun kerana tak banyak berbelanja untuk pembangunan infrastruktur awam. Lihat sahaja jalan-jalan negeri di seluruh Selangor. Masih banyak yang tidak diselenggara dengan baik. Lopak lubang di sana sini.
Cuba lihat pula cara Azmin urus isu air. Tanya Azmin, sudah berapa banyak wang dibelanjakan untuk baiki, tukar atau naiktaraf paip air di seluruh Selangor yang sudah uzur dan tercemar dengan karat dan lain-lain kekotoran? Tanya Azmin juga, berapa banyak wang sudah dibelanjakan untuk menaiktaraf kemudahan perumahan awam di negeri ini?
Azmin fikir dengan beri bonus yang banyak maka rakyat akan terus menyokongnya tetapi beliau lupa, jumlah rakyat yang tidak menerima bonus jauh lebih ramai dan mereka semakin meluat dengan cara pemerintahannya ketika ini berbanding Tan Sri Khalid Ibrahim.
5. Azmin juga patut belajar cara Najib menghargai rakyat. Selain memberikan bantuan khas tunai sekurang-kurangnya dua kali setahun kepada kakitangan awam iaitu insentif Hari Raya Puasa sebanyak RM500.00 yang diberikan kepada semua tanpa mengira agama dan bonus tahunan sebanyak RM500.00, Najib juga memperkenalkan skim bantuan kewangan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang semua orang tahu, telah dinaikkan hingga RM1,200.00 selepas tiga tahun dilaksanakan. Bantuan ini diberikan kepada semua yang layak, tak kira penjawat awam atau swasta, bayar cukai ataupun tidak.
Itu tak termasuk bantuan-bantuan lain seperti pemansuhan yuran persekolahan (kosnya diserap dan ditanggung oleh kerajaan bagi membolehkan ibu-bapa tidak perlu lagi membayar yuran persekolahan anak-anak) dan skim Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) yang diberikan kepada pelajar-pelajar sekolah daripada keluarga miskin termasuk di Selangor bagi meringankan beban ibu-bapa.
Jika Syed Saddiq, Ketua Armada PPBM berbangga dengan Skim Peduli Sihat ciptaan Azmin Ali, ironinya, di seluruh negara sekarang sudah ada Klinik Rakyat 1Malaysia di samping klinik-klinik dan hospital awam sedia ada yang beroperasi dengan bantuan penuh daripada kerajaan Pusat. Rakyat boleh pilih klinik atau hospital mana yang mereka suka untuk dapatkan rawatan kerana dasar ini terbuka kepada semua berbanding Skim Peduli Sihat yang hanya khusus di klinik-klinik swasta tertentu sahaja. Oh ya, jangan lupa pula Syed Saddiq, Skim Peduli Sihat itu hanya untuk kes-kes kesihatan kecil sahaja. Bukannya semua penyakit atau kecemasan boleh dirujuk di bawah skim atau bantaun ini. Peace!
6. Bagaimana pula dengan kenaikan gaji bagi kakitangan awam di Selangor? Adakah anda sudah cukup puas hati dengan bantuan bonus 2.5 bulan gaji itu sedangkan gaji bulan-bulan yang anda terima tak lebih sekadar mencukupkan?
Untuk rekod, kakitangan awam persekutuan dan negeri di negeri-negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional telah beberapa kali menikmati kenaikan gaji sejak Najib Razak memerintah. Pada 2012 sahaja, kenaikan gaji yang diselaraskan adalah antara RM300-RM600 mengikut gred manakala pada 2013, kerajaan menetapkan kenaikan sebanyak dua kali setahun dan sekali lagi pada 2015 juga dengan kenaikan sebanyak dua kali. Bagi kakitangan yang telah mencapai kadar gaji maksimum pula, masih lagi berpeluang menikmati kenaikan gaji sebanyak 3% setahun, sesuatu yang tidak pernah berlaku selama ini. Zaman Ayahanda Tun Dr. Mahathir pun tak buat macam ni.
Adakah anda menikmati hal yang sama di Selangor? Bagaimana dengan guru-guru KAFA? Berapa elaun anda sekarang? Adakah mencukupi jika dibandingkan dengan gaji penolong pegawai tadbir Gred N29 dan ke atas?
7. Dan benarkah Azmin kata tak ada ketirisan dalam pentadbirannya? Skandal DIEG, pintu gerbang dan kes rasuah Adam Rosly itu, apa? Rafizi Ramli juga pernah mendedahkan gejala rasuah seks dalam pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Azmin Ali dan ia tidak pula dinafikan oleh beliau. Mantan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim yang disingkirkan melalui Langkah Kajang yang jijik juga pernah membangkitkan isu ketelusan dalam pengambilalihan SPLASH melalui pembayaran luar biasa sejumlah RM3 bilion berbanding harga asal sebanyak RM250 juta sahaja. Isu ini juga masih gagal dijawab oleh Azmin Ali hingga ke hari ini.
Malah, paling mendapat perhatian media baru-baru ini ialah pembongkaran penyelewengan dana YAWAS oleh Datuk Seri Jamal Yunos melibatkan sejumlah ADUN dan Ahli Parlimen tetapi sampai ke sudah Azmin tak jawab. Diam seribu bahasa.
Adakah Syed Saddiq buta atau buat-buat buta untuk melihat perkara ini?
8. Kita tetap berterima kasih dan menghargai inisiatif Azmin memberikan bonus 2.5 bulan gaji ini tetapi ia bukanlah sesuatu yang harus dibangga-banggakan sangat. Ia adalah wang rakyat, bak kata pembangkang di Malaysia selama ini.
Tapi kami menuntut supaya Azmin Ali bersikap lebih prihatin. Jangan hanya umum ketika pilihan raya dah dekat untuk raih sokongan semata-mata. Banyak masalah di Selangor belum selesai. Min, senarainya panjang.
Jirat Cina di Jeram dan Meru – penduduk dah tawar hati.
Pemansuhan diskaun rumah untuk Bumiputra – rakyat terkejut dan tak percaya
Lambakan pusat-pusat hiburan, rumat urut dan judi – sampai bila?
Bekalan air bersih – ibarat mimpi ngeri yang tak berkesudahan
Banjir kilat – jangan disalahkan hujan macam Lim Guan Eng di Pulau Pinang
Sampah sarap – tak ada aduan, tak adalah tindakan
Longkang tersumbat – nombor telefon MB masih berfungsi ke?
Perobohan gerai penjaja – ramai yang merintih...apa Azmin buat?
Perumahan kos rendah untuk rakyat kurang berkemampuan – tak menguntungkan, kan?
Bola Sepak Selangor – apa sudah jadi?
Stadium Shah Alam – dah macam kompleks rumah hantu!
Denggi – tak kurang-kurang sampai sekarang
Masalah sosial anak muda dan pelajar sekolah – Kita juara! Tak malu ke?
Kemelut politik – Sampai bila nak buat Selangor macam makmal ujikaji?
Kilang arak – dulu janji nak tutup, sekarang makin besar
Balai raya kena sewa
Bantuan ibu tunggal dinafikan
Dan banyak lagi....
9. Akhir kata, buat Azmin dan kepada Syed Saddiq, bagi gula kami ambil. Bagi kain pun kami ambil. Tapi untuk sekali lagi memilih anda, kami tak tahu.
Sekian, terima kasih.
Institut E.H.S.A.N
๐ฑ Facebook Darul Ehsan Leaks
https://www.facebook.com/darulehsanleaks/
๐ฑ Twitter Darul Ehsan Leaks
https://twitter.com/DE_Leaks
๐ฑ Instagram
https://instagram.com/de_leaks
๐ Laman Web Darul Ehsan Leaks
http://darulehsanleaks.blogspot.my/
Longkang tersumbat – nombor telefon MB masih berfungsi ke?
Perobohan gerai penjaja – ramai yang merintih...apa Azmin buat?
Perumahan kos rendah untuk rakyat kurang berkemampuan – tak menguntungkan, kan?
Bola Sepak Selangor – apa sudah jadi?
Stadium Shah Alam – dah macam kompleks rumah hantu!
Denggi – tak kurang-kurang sampai sekarang
Masalah sosial anak muda dan pelajar sekolah – Kita juara! Tak malu ke?
Kemelut politik – Sampai bila nak buat Selangor macam makmal ujikaji?
Kilang arak – dulu janji nak tutup, sekarang makin besar
Balai raya kena sewa
Bantuan ibu tunggal dinafikan
Dan banyak lagi....
9. Akhir kata, buat Azmin dan kepada Syed Saddiq, bagi gula kami ambil. Bagi kain pun kami ambil. Tapi untuk sekali lagi memilih anda, kami tak tahu.
Sekian, terima kasih.
Institut E.H.S.A.N
๐ฑ Facebook Darul Ehsan Leaks
https://www.facebook.com/darulehsanleaks/
๐ฑ Twitter Darul Ehsan Leaks
https://twitter.com/DE_Leaks
๐ฑ Instagram
https://instagram.com/de_leaks
๐ Laman Web Darul Ehsan Leaks
http://darulehsanleaks.blogspot.my/