Jumaat, 26 Mei 2017

DAP MELANGGAR PERLEMBAGAAN NEGARA

Mungkin ROS zaman dahulu telah melakukan kesilapan besar sewaktu meluluskan ROS. Jika kita merujuk kepada jus soli (right of the soil) ataupun kontrak sosial yang di persetujui oleh orang Cina, India dan lain-lain kaum yang dibawa masuk ke Tanah Melayu, Dap tidak boleh diluluskan.

Apabila Tanah Melayu berjaya menuntut kemerdekaan, orang-orang dari kaum Cina, India dan lain-lain boleh memohon kerakyatan di bawah jus soli dengan syarat.
1. Boleh berbahasa Melayu atau berusaha untuk belajar bahasa Melayu.
2. Menghormati adat-istiadat orang Melayu
3. Menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara.
4 Menghormati Raja-Raja Melayu ]
5. dll.

Semua di atas tidak dihormati dan dipatuhi oleh DAP.  Sebelum merdeka, MCA dan MIC sudah akur dengan peraturan yang ditetapkan, oleh sebab itu semua kaum Cina, India dan lain-lain hendaklah menjadi ahli wajib kepada dua parti komponen BN itu dan tiada istilah derhaka.

Hari ini jelas DAP menderhaka dan berjaya membunuh MCA dan MIC.

Jadi elok sangat lah jika ada inisiatif untuk membatalkan pendaftaran DAP berlandaskan kontrak sosial yang menjadi asas kepada kemerdekaan Tanah Melayu.

Saya petik sedikit tulisan Dr Kamarul Zaman Yusof yang meminta RoS membatalkan pendaftaran parti Dap.



"Kepada ahli-ahli akademik yang sedang berkhidmat di universiti-universiti tempatan, sukacita dimaklumkan bahawa saya telah memulakan inisiatif untuk menyediakan satu memorandum bagi mendesak Pendaftar Pertubuhan (RoS) memberi surat tunjuk sebab kepada DAP mengapa pendaftaran DAP tidak boleh dibatalkan dan seterusnya membatalkan pendaftaran DAP jika DAP gagal memberi representasi yang memuaskan kepadanya.



Asas utama yang kami gunakan di dalam memorandum ini adalah bahawa banyak daripada aktiviti-aktiviti atau hal-ehwal DAP yang berlawanan dengan, atau berkurangan atau bertentangan terhadap, atau tidak mengambilkira mengenai kedudukan agama Islam sebagai agama Malaysia dan mengenai kedudukan orang Melayu dan orang asli Negeri Sabah dan Sarawak".



Ini selaras dengan Ucapan Penangguhan dalam Muktamar Tahunan PAS kali ke-63 di Kompleks PAS Kota Sarang Semut Alor Star Kedah oleh Presiden PAS. Saya petik sedikit petikan kata-kata TGHH semasa Majlis Ucapan tersebut.




"Meminta RoS (Pendaftar Pertubuhan) membuat kajian parti-parti lain. Adakah mereka hormati
Perlembagaan?

Ikut Peraturan Perlembagaan atau tidak?

Contohnya Islam sebagai Agama Persekutuan. Mereka hormat ke tidak?

Raja dan Perlembagaan, mereka hormat ke tidak?

Bahasa Melayu sebagai bahasa Rasmi. Mereka hormat ke tidak?

Hak Bumiputera Melayu, Jawa, Bugis, Penduduk Asal di Semenanjung dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Ada hak istimewa yang perlu dihormati mengikut perlembagaan. Mereka hormat ke tidak?

Ada yang cuba nak koyak-koyakkan perlembagaan ini. Maka saya minta RoS (Pendaftar Pertubuhan) kaji parti mana?




Terbaru Spr telah mengesan ada 2 orang wakil rakyat daripada parti Dap yang mempunyai 2 kerakyatan sehingga Spr terpaksa membatalkan kemenangan wakil rakyat di Pujut dan seorang lagi wakil rakyat di Perak yang akan menerima nasib yang sama. Jadi setelah kita amat-amati dan kita buat sedikit kajian dan kita baca tulisan Dr Kamarul Zaman Yusof kita dapati Dap lah parti yang banyak melanggar Perlembagaan Negara.




Tiadanya sikap Patriotik pada negara maka sewajarnyalah RoS membatalkan pendaftaran parti Dap.







#SEJAH
TERAbersamaISLAM




PengundiSelatKlang

24 May 2017

10:40

#BPMSlillahitaala

#PakatanHarapanDap

#SkuadAbabil

#MAMPUCentre

Tiada ulasan:

Catat Ulasan