Ahad, 7 Mei 2017

IZZAH PERTAHAN RAFIZI RAMLI:PERANG KEM PRESIDEN VS TIMBALAN PRESIDEN PKR SEMAKIN RANCAK!



#NURUL IZZAH PERTAHAN RAFIZI RAMLI:PERANG KEM PRESIDEN VS TIMBALAN PRESIDEN PKR SEMAKIN RANCAK!

Perang mulut Adam Rosly dan Rafizi Ramli mengenai INVOKE dan NOW berakhir kepada pendedahan Rafizi tentang pendapatan dan perbelanjaan INVOKE. Walaubagaimanapun Rafizi GAGAL menyahut cabaran Adam menunjukkan senarai pemberi derma dan siapa menerima wang INVOKE. Malah terdapat keraguan besar pada pendapatan seperti Tabung Haji dan ASB yang tidak dijelaskan perinciannya. Antara kupasannya

i. https://www.facebook.com/TokAdiTheJustice/posts/1669702556672835:0

ii. https://captainmgs.blogspot.nl/…/rafizi-gagal-tunjuk-siapa-…

iii. https://www.facebook.com/wasengatsamalubro/posts/1345300542223366:0

Ia merancakkan perang mulut antara Kem Presiden PKR dan Timbalan Presiden. Serangan Adam Rosly kepada Rafizi mendapat restu daripada Azmin Ali MB Selangor dan Zuraida Kamaruddin Ketua Cabang Ampang. Sebelum ini Latheefa Koya dari kem presiden menyerang Rafizi kaut dana jutaan ringgit tapi Logo Pakatan Harapan amat buruk!

Hari ini Naib Presiden PKR Nurul Izzah menyokong Rafizi dan meminta sebarang kritikan dibuat pemimpin muda PKR Adam Rosly terhadap mana-mana pimpinan tertinggi dalam parti termasuk kepada Rafizi Ramli tidak seharusnya dilayan.
https://m.malaysiakini.com/news/381425

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, Adam kini bercuti dari parti ekoran berdepan dengan siasatan rasuah dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Nurul Izzah turut dilihat mempertahankan Rafizi yang disabitkan bersalah kerana mendedahkan dokumen-dokumen yang tertakluk bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Selama ini serangan terhadap Invoke, Now dan Rafizi pernah dibangkitkan sebelum ini namun tidak dilayan Rafizi. Siapa sangka serangan Adam Rosly jutawan muda PKR itu mendorong kurang 24 jam Rafizi menjawab pendapatan dan perbelanjaan INVOKE.

Sejak INVOKE ditubuhkan hingga 30 April 2017 adalah sebanyak RM2,780,652 berjaya dikutip dan berbelanja RM 2,394, 440. RM787,049 dikatakan disuntiknya secara peribadi daripada dana berpunca daripada simpanan Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputera yang meragukan.

Rafizi bertegas PKR wajar menjauhkan diri daripada Adam Rosly kerana kes rasuahnya yang boleh menjejaskan PKR dalam PRUke14.

Bagaimanapun jawatankuasa disiplin kes Adam Rosly bakal diketuai Azmin Ali dan Zuraida sesuatu yang pelik dan bias untuk menyelamatkan Adam Rosly.

WSL