ANWAR PENYOKONG MAHATHIR ADALAH MUSUH SEBENARNYA |
Tulisan Mahathir dalam blognya amat menarik sekali, bukan dua kali. Penulisannya memuji Muhyiddin dan secara halus menghentam pengacau dalam parti PPBM.
Siapa pengacau dalam parti bunga? Sudah tentu mereka yang merajuk dan kecewa dalam Umno, lalu mengambil keputusan untuk menyokong individu yang menentang DS Najib. Kedua, kecewa kerana permintaan mereka ditolak oleh wakil rakyat atau pemimpin Umno Bahagian.
Seterusnya Tun menyentuh hal perlantikan ketua bahagian PPBM yang mana penerima watikah tidak baik.
Memang betul lah, ramai yang menerima watikah adalah mereka yang tidak ada tokoh sebagai pemimpin. Mereka ada lah ikan jerung yang membuka mulut sebesar-besarnya untuk mendapat habuan. Maklum sahaja lah, parti baru sudah tentu banyak bajetnya. Habis PRU 14 nanti boleh ubah suai rumah, boleh beli perabut jati made in Jepara, boleh tukar kereta baru atau setidak-tidaknya tukar cat baru dan sport rim baru dengan tayar yang lebih low profile.
Seterusnya Che Det menyebut Presiden PPBM sewaktu dalam Umno telah mengkritik Najib dan akhirnya disingkir kan.
Che Det harus ingat di zaman beliau dahulu sesiapa yang menyuarakan pendapat yang tidak sealirannya dengan akan hilang jawatan. Sudah kah tok wan lupa dalam kes mesyuarat tergempar untuk memecat Anwar? Dr Affifuddin yang menyuarakan pandangan beliau malam tersebut terus hilang dari senarai Umno. Sapa pun tak berani mengkritik atau membantah tok wan. Bantah kalu....jalan..
Seterusnya ayat terakhir Tok Wan membuat rumusan iaitu orang yang mendakwa menyokong tok wan sebenarnya adalah musuh beliau.
Ini amat benar, dalam perhimpunan agung Umno yang terakhir buat Anwar sebelum dipecat, Anwar memuji melangit terhadap Tok Wan. tetapi setahun kemudian selepas dipecat, Anwar menggerakkan REFORMASI untuk menuntut Mahathir Maha Zalim meletakkan jawatan.
1. Terdapat ramai yang mendakwa saya sokong mereka. Nama saya diguna untuk memberi kekuatan kepada apa yang hendak dilakukan oleh mereka. Ini termasuk kempen untuk menggagalkan usaha saya untuk mengalahkan Kerajaan pimpinan Dato Seri Najib.
2. Tindakan mereka secara langsung atau tidak langsung akan memesongkan tumpuan ahli Parti Peribumi Bersatu Malaysia daripada menjatuhkan Najib kepada masalah buatan mereka. Kononnya ketua bahagian yang diberi watikah tidak baik, tidak mendapat sokongan ahli parti dan rakyat. Kononnya ini semua disebabkan ada pemimpin tertentu.
3. Sekarang ia sudah naik ke tahap menolak kepimpinan tertinggi parti. Kononnya Tan Sri Muhyiddin Yassin patut disingkir sebagai presiden parti. Kononnya dia mengguna saya untuk kepentingan dirinya. Kononnya dia ingin dapat jawatan tertentu baginya.
4. Kita semua tahu bahawa amatlah sukar untuk memujuk pemimpin UMNO, terutama yang memegang jawatan dalam Kerajaan, menjadi Menteri terutamanya meninggalkan UMNO. Kalau meninggalkan pun atau menjadi bekas menteri, tidak sanggup mereka menyertai gerakan melawan UMNO. Sudah tentu mereka tidak berani mendekat diri dengan parti seperti PPBM yang secara lantang mendesak supaya Najib disingkir.
5. Tetapi Muhyiddin memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri kerana menjadi Timbalan Presiden UMNO. Jika Najib turun kerana apa-apa sebab Muhyiddinlah yang akan jadi Perdana Menteri.
6. Baginya dan bagi Shafie Apdal membenar diri disingkir dari jawatan-jawatan menjadi korban yang amat besar. Umum tahu yang Muhyiddin mengkritik Najib semasa masih menjadi Timbalan Perdana Menteri. Akhirnya dia disingkir.
7. Setelah disingkir, tidak seperti orang lain yang kehilangan jawatan, Muhyiddin tidak jauhkan diri dari saya. Sebaliknya beliau bersedia untuk bersama menubuh Parti Pribumi Bersatu dan menjadi Presidennya. Beliau menerima cadangan saya supaya saya menjadi Pengerusi Parti, kedudukan yang dipandang lebih tinggi darinya.
8. Banyaklah kerja yang dibuat oleh beliau untuk menjayakan Parti Pribumi Bersatu, jauh lebih dari orang yang bercadang menyingkirnya.
9. Jika hari ini ia disingkir, parti akan berpecah kerana ramai ahli parti yang menyokongnya. Maka akan gagallah usaha memenangi PRU 14.
10. Saya percaya mereka yang mencadang tindakan ini berhasrat untuk menggagalkan perjuangan parti PPBM. Sekaligus mereka ingin lihat saya gagal dan Najib berjaya.
11. Mereka yang mendakwa mereka sokong saya, sebenarnya adalah musuh saya yang berjuang untuk Najib. Jika mereka teruskan usaha ini saya bersetuju mereka dikeluarkan dari parti. Penyokong Najib tidak ada tempat dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
TOK WAN OH! TOK WAN.....SUDAH LAH....RUMAH KATA PERGI, KUBUR KATA MARI...