Mahathir hanyalah seorang penipu dan pemanipulasi yang akan mencapai apa sahaja untuk mendapatkan apa yang dihajatinya. Mahathir hanya akan memburukkan keadaan pembangkang. Mahathir hanya memperkudakan pembangkang untuk melawan Najib bagi memenuhi kehendak politiknya semata-mata.
Harus diingat, kebenaran tidak akan tertegak dengan penipuan. Mahathir berduka lara kononnya “anaknya” telah dijual kepada China. Mahathir merintih Proton telah dijual kepada konglomerat China, Kumpulan Geely Holding. Sedangkan rancangan penjualan saham Proton ini bukanlah satu rancangan baharu.
1. 9 Jun 2005, akhbar melaporkan Mahathir sendiri yang menyatakan bahawa Volkswagen boleh beli saham Proton.
2. 13 Jun 2014, Nikkei Asian Review melaporkan pada bulan April 2013, Mahathir sendiri bersama-sama dengan Syed Mokhtar Al-Bukhary, orang yang mengetuai konglomerat tanahair, DRB-Hicom, yang memiliki Proton telah pergi ke China. Kedua-dua mereka bertemu dengan pemimpin politik dan ahli perniagaan China. Berdasarkan kepada laporan media tempatan, Mahathir ketika itu sedang merundingkan perkongsian di antara Proton dengan syarikat automotif China iaitu Zhejiang Geely Holdong Group.
Nah, betapa munafiknya Mahathir apabila dia sendiri yang merancang untuk memulakan perkongsian atau penjualan saham Proton kepada syarikat asing. Proton lahir pada tahun 1983. 34 tahun lamanya rakyat terpaksa menanggung subsidi untuk sebuah projek anak emas Mahathir yang tidak kompeten ini.
Tidak sekadar itu sahaja, rakyat perlu sedar, akibat dari pengenalan projek anak emas Proton ini, Kerajaan Mahathir ketika itu telah mengenakan tarif import sehingga 300 peratus ke atas kereta asing. Rejim Mahathir mengepung pilihan rakyat kepada sama ada membeli sebuah kereta yang harganya tiga empat kali ganda berbanding harga sebenar ataupun membeli Proton.
Rakyat hidup dalam halusinasi dengan menyangkakan bahawa Proton adalah merupakan projek kereta mampu milik. Walhal, sebenarnya rejim Mahathir telah meningkatkan tarif import sehingga menyebabkan harga kereta asing menjadi terlalu mahal. Proton diberikan keistimewaan yang terlampau banyak – mereka boleh mengawal harga-harga kereta yang akan dikeluarkan.
Rakyat Malaysia sebenarnya membayar harga yang mahal untuk memiliki sebuah kereta yang di bawah standard. Ingat lagi mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh pembeli Proton, yang paling popular adalah masalah power-window.
Keperluan berkenderaan ini adalah untuk meningkatkan mobiliti rakyat. Ia termasuklah menyediakan pengangkutan awam yang efisien. Akan tetapi, obsesi Mahathir terhadap Proton telah meminggirkan pembangunan pengangkutan awam – jajaran laluan pengangkutan awam yang terhad dan rakyat sentiasa dihampakan dengan masa menunggu yang lama. Tidak punya banyak pilihan, rakyat terpaksa untuk membeli kereta dan menanggung beban bayaran bulanan hutang kereta.
Mahathir adalah watak utama yang mempelopori polisi Pandang Ke Timur. Menjadikan Jepun sebagai contoh pembangunan Negara. Ironinya dalam soal kewujudan kereta nasional adalah Jepun membuat kereta untuk dieksport keluar sementara rakyat mereka menikmati sistem rel yang sangat efisien. Di Malaysia, idea Mahathir adalah memaksa rakyat untuk membeli Proton ekoran daripada kegagalan Proton untuk bersaing di pentas global.
Atas nama semangat kebangsaan, kita telah mengeluarkan duit poket kita untuk menyelamatkan anak emas Mahathir ini. Tetapi untuk apa sebenarnya? Sedangkan duit yang kita gunakan untuk memenuhi nafsu Mahathir ini boleh digunakan sebagai bayaran muka untuk memiliki rumah, membayar rawatan kesihatan yang lebih baik, ataupun membuka sebuah perniagaan. Puluhan ribu telah kita habiskan semata-mata untuk memenuhi tuntutan pemerasan automotif Mahathir ini.
Proton mungkin baik kepada Negara sekiranya ia berjaya.Akan tetapi, syarikat ini seperti seekor biawak hidup, yang berterusan memerlukan bantuan daripada pembayar cukai. Tahun 2016, duit pembayar cukai sebanyak RM 1.5 billion terpaksa digunakan untuk menyelamatkannya. Walaupun berbillion-billion Ringgit telah dikeluarkan, agihan pasaran Proton terus menjunam daripada 74% pada tahun 1993 kepada sekitar 15% sahaja hari ini.
The Economist pernah mengatakan pada tahun 2004, Proton mewakili semua kesilapan Malaysia di bawah Mahathir. Sebuah firma yang dipenuhi dengan idealisme nasionalis bukannya rasional komersial, dilindungi pula dengan kronisme dan tidak pernah terdedah dengan persaingan yang sebenarnya. Seperti pencipta, adalah baik jika Proton ini juga bersara.
Saya bersetuju dengan The Economist. Mahathir dan Proton sudah boleh memulakan pakej persaraan mereka sepenuhnya. Cukup-cukuplah Negara ini menanggung biawak hidup Proton yang menyedut bukan sedikit duit pembayar cukai semata-mata untuk memenuhi nafsu dan obsesi Mahathir.
#sudahlahMahathir
Che’GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
The Economist pernah mengatakan pada tahun 2004, Proton mewakili semua kesilapan Malaysia di bawah Mahathir. Sebuah firma yang dipenuhi dengan idealisme nasionalis bukannya rasional komersial, dilindungi pula dengan kronisme dan tidak pernah terdedah dengan persaingan yang sebenarnya. Seperti pencipta, adalah baik jika Proton ini juga bersara.
Saya bersetuju dengan The Economist. Mahathir dan Proton sudah boleh memulakan pakej persaraan mereka sepenuhnya. Cukup-cukuplah Negara ini menanggung biawak hidup Proton yang menyedut bukan sedikit duit pembayar cukai semata-mata untuk memenuhi nafsu dan obsesi Mahathir.
#sudahlahMahathir
Che’GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)