Ahad, 14 Mei 2017

Parti Munger bakal berkubur






PORT DICKSON - Pengerusi Gabungan Kepimpinan Celik Minda (GKCM), Kamarul Azman Habibur Rahman berkata, beliau mengambil keputusan keluar daripada Bersatu berikutan amalan kronisme yang diamalkan parti itu.

Bekas anggota Majlis Kerja Tertinggi Bersatu itu berkata, tindakan itu dibuat kerana merasakan sesuatu yang tidak betul telah berlaku meskipun parti itu baru berada di permulaan jalan.


"Setelah saya masuk dalam parti ini, yang mana saya antara pengasas parti, yang baru berada di peringkat permulaan, sudah timbul perkara yang tidak betul dan tidak boleh diketengahkan sedangkan ia sepatutnya menjadi satu gerakan yang membawa perubahan namun bentuk perubahan yang berlaku bukanlah yang kita mahukan.

Saya keluar kerana saya rasa perjuangan sudah tidak betul, saya melihat bahawa orang-orang yang mempunyai pendidikan tinggi tidak dialu-alukan dalam parti dan isu pemilihan ketua-ketua bahagian menjadi masalah. Ada kronisme dalam pelantikan itu dan kalau mereka yang berjaya tidak mahu diterima apa akan jadi pada nasib bangsa kita kalau kita kata nak perjuangkan perubahan?

Perubahan adalah (jika) mereka sudah terbukti berjaya membawa perubahan kepada masyarakat, komuniti, pendidikan, perniagaan atau apa sahaja... tetapi malangnya hari ini saya nampak lebih ramai yang gagal dalam hidup berbanding yang berjaya dipilih sebagai pemimpin," katanya dalam sidang media GKCM di sini, hari ini.

Turut hadir, barisan kepimpinan GKCM Negeri Sembilan.

Kamarul Azman mendakwa Bersatu juga menggunakan orang-orang miskin dan orang-orang kampung untuk mendapatkan sokongan dan menegaskan beliau tidak melihat keikhlasan yang ditunjukkan oleh parti berkenaan untuk membantu golongan ini.

Katanya, beliau telah 'diserang' dari dalam Bersatu sendiri secara betubi-tubi dengan pelbagai tohmahan yang tidak berasas semata-mata untuk menjatuhkannya dan menyifatkan serangan seperti itu jugalah yang digunakan Bersatu untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan.

Ditanya sama ada Bersatu akan menjadi sebuah parti yang gagal, beliau berkata sekiranya yang menerajui Bersatu mementingkan kepentingan peribadi daripada memperjuangkan masalah rakyat dan negara, Bersatu tidak akan menjadi sebuah parti yang berjaya.

Pada 19 April lepas, Kamarul Azman mengumumkan keluar Bersatu dan melepaskan semua jawatannya dalam parti iaitu sebagai Setiausaha Kerja, Setiausaha Penaja, Pengerusi Perhubungan Negeri Sembilan dan anggota Majlis Kerja Tertinggi.

Dalam pada itu, Kamarul Azman tidak menolak akan ada anggota Bersatu mengambil tindakan sama seperti beliau untuk keluar parti. -