Jumaat, 12 Mei 2017

PENIPUAN WAKIL RAKYAT DUN PUNJUT 12 Mei 2017



SARAWAK - Wakil rakyat DAP, Dr Ting Tiong Choon, dilucutkan keanggotaan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak, hari ini. Pemecatan itu dibuat berikutan ADUN Pujut itu memegang kewarganegeraan Australia, malah didaftarkan sebagai pengundi di sana.

Usul melucutkan keanggotaan Dr Tiong Choon itu dibentangkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang, Datuk Seri Wong Soon Koh, pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini. 

Dalam usul itu, Soon Koh berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut itu, tidak lagi berkelayakan kerana turut memperoleh kewarganegaraan Australia. Malah, katanya, Dr Tiong Choon juga didaftarkan sebagai pengundi di Australia dan berikrar taat setia kepada negara di luar Persekutuan Malaysia. 

"Oleh itu, mengikut Perkara 17 (1) (g) Perlembagaan Negeri, dia bukan seorang yang layak dan sesuai untuk menjadi anggota DUN yang mulia ini," katanya.

Pengundian dijalankan dan 70 ADUN menyokong usul berkenaan. Susulan keputusan itu, Pilihan Raya Kecil (PRK) dijangka diadakan di kawasan berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan