Ahad, 21 Mei 2017

PPBM SEMAKIN KRONIK DENGAN KRISIS

REAKSI KEPADA KENYATAAN PALSU MENGENAI AHLI-AHLI PPBM NEGERI JOHOR UGUT KELUAR PARTI

Saya telah menerima panggilan telefon dan mesej pesanan ringkas daripada rakan-rakan dan kenalan bertanyakan mengenai satu kenyataan yang kononnya dikeluarkan oleh seorang bernama 'Dato' Marzuki', yang dikatakan Ketua Pendaftar PPBM Negeri Johor. 

Kenyataan tersebut mengutuk keras tindakan Ketua Penaja PPBM Bahagian Ipoh Timur, Azrul Suhadi Mokhtar, yang mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden PPBM, supaya meletak jawatan. Kenyataan itu juga menyebut, "sekiranya PPBM Negeri Perak meneruskan desakan agar Timbalan Presiden (sic) Tan Sri Muhyidin Yasin meletakkan jawatan, seluruh Pimpinan dan Ahli akar umbi PPBM NEGERI JOHOR akan melepaskan Jawatan dan umum keluar parti secara besar-besaran".

Saya ingin menjelaskan bahawa kenyataan tersebut tidak dikeluarkan oleh saya dan saya percaya ianya adalah palsu serta direka oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Saya adalah mantan Setiausaha Politik Kepada Menteri Penddikan ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin menjawat jawatan Menteri Pendidikan di dalam kabinet kerajaan persekutuan. Saya hanyalah ahli biasa PPBM dan tidak memegang sebarang jawatan di dalam parti. 

Saya percaya kenyataan palsu yang direka dan didalangi oleh pihak tertentu itu adalah berniat jahat dan bertujuan untuk mengeruhkan hubungan antara ahli dan pimpinan PPBM setelah Azrul Suhadi mengeluarkan kenyataan mendesak Tan Sri Muhyiddin meletak jawatan. 

Sekian, terima kasih.

*DATUK DR MARZUKI MOHAMAD*