Isnin, 1 Mei 2017

Pulau Sebatik Tawau hadapi masalah kekurangan gas LPG

Berita tv3 sebentar tadi menyiarkan tentang kekurangan gas LPG untuk memasak di Pulau Sebatik Tawau.

Seorang penduduk meluahkan perasaan nya tentang permasalahan ini yang tidak pernah selesai. Mereka sukar untuk mendapat gas di pulau tersebut dan harganya sangat tinggi. Beliau juga mencadangkan supaya gas tak perlu dibawa ke pulau tersebut secara besar besaran, biarlah penduduk tempatan pergi ke Tawau sendiri untuk mendapatkan bekalan tersebut.

Adun Sebatik YB Datok Abdul Muis Pichu menyatakan jumlah penduduk tak ramai, cukup sekadar 600 ratus tong sahaja untuk keperluan penduduk tak sampai 2000 orang. Masalahnya ialah gas diseludup masuk ke negara jiran.

Walaupun penguat kuasaan sentiasa berusha untuk membenteras penyeludupan LPG tetapi kegiatan haram sukar dibendung.  Lihat gambar-gambar dibawah, yang menunjukkan gas keluaran negara kita menjadi rebutan di negara tersebut.

Ia juga menunjukkan barang keperluan harian iaitu makanan atau sembako dalam bahasa Indonesia adalah lebih murah berbanding negara jiran.

Cuma parti pembangkang sahaja yang sibuk menyatakan harga barang semakin mahal dan membebankan rakyat. Sedangkan pada hakikat sebenar ialah ia lebih murah.




gas keluaran nevada jiran