Isnin, 8 Mei 2017

RCI tahun 2012 ekoran ada PROJEK IC baru di Sabah



Majlis penerangan di atas telah dibuat oleh PKR aka Cikgu Bard pada kempen PRU tahun 2013. Tujuannya aalah untuk menyalahkan Umno di Sabah.

Isu IC menjadi modal PKR untuk menang dalam PRN dan PRU di Sabah. Bagaimana pun Hassnar Ebrahim dan Siti Aminah mendedahkan projek IC bermula pada awal tahun 1980an.

Isu projek IC terus menjadi agenda pembangkang  dan pada 2012 YAB Perdana Menteri Dato Seri Najib telah menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat dakwaan tersebut.

Justeru,  Hassnar Ebrahim telah menuduh Umno yang terlibat. jadi siapa yang bertanggung jawab pada masa itu? Tak lain dan tak bukan ialah Tun Mahathir.  Projek tersebut bermula bulan Ogos 1981 sebulan selepas Tun menjadi PM.

1985 Pairin Kitingan telah tikam belakang Barisan Nasional. Selepas dewan negeri dibubarkan, beliau telah menisytiharkan menentang Barisan Nasional dan beliau menang besar dan berjaya mejadi Ketua Menteri.

Sewaktu ini peranan untuk merampas semula Sabah dimulakan oleh Allahyarham Tun Ghafar Baba untuk membawa  masuk Umno ke Sabah dan mendapat sokongan Tun Musthapa.

Anwar Ibrahim ketika itu menjadi Najib Presiden Umno juga banyak  terlibat dalam pelbagai usaha untuk menawan semula Sabah.

Dalam kempen PRU 13 Anwar kerap menyanyi lagu Tanya sama Najib apa sebab goyang, Nanti jawab Najib, Sabah nak hilang.

Lagu tersebut dimainkan oleh Anwar kerana beliau yakin kaum Tausuq yang banyak dibantu oleh beliau dahulu akan menyokong pembangkang pada PRU 13.

Bagaimanapun Anwar telah menafikan bahawa beliau tidak terlibat dengan projek IC tetapi maklumat yang boleh dipercayai  beliau juga terlibat, sebab itu lah dia berani berjanji untuk orang Tausug untuk dibagi tanah jika pembangkang menang.


 




Untuk informasi seterusnya sila TERJAH KE SINI.