Khamis, 4 Mei 2017

TOLAK DAP dan PH dalam PRU.



(1). Untuk membentuk kerajaan di peringkat persekutuan, jumlah kerusi yang perlu dimenangi adalah *112 dan keatas*. Iaitu majoriti mudah. Agaknya bagaimana pencapaian yang bakal diperolehi oleh Pakatan Harapan? Jika *PKR menguasai 40 kerusi, PAN 20 kerusi, PPBM 15 & DAP 43*, ini bermakna mereka menguasai 118 kerusi dan layak mengusai kerajaan. *Parti manakah yang dominan dalam Pakatan ??* Sudah tentu DAP. *Apakah jawatan yang selayaknya diberikan pada DAP ??*   Adakah sebagai PM?  TPM pasti dan tentunya salah satu Jawatan yang bakal diberikan pada wakil dari *DAP adalah sebagai Speaker Dewan Rakyat*. Kenapa jawatan Speaker? *Kerana kuasa Speaker yang menentukan apa usul & soalan yang bakal dibawa dalam persidangan dewan*.

(2). Realiti yang berlaku di Dewan Undangan Negeri Selangor sebagai contoh. Pasca PRU 13, DAP menang 15, PAS 15 & PKR 14. Dengan sokongan PAS, jawatan MB diberikan pada PKR. Namun jawatan Speaker milik DAP. Kerana itu sebarang usul berkaitan hal ehwal islam tidak pernah dibenarkan untuk dibahaskan dalam dewan undangan negeri. Siapa yang kuasai kerajaan negeri? Tentulah DAP.... Di Pulau Pinang usah diceritalah, DAP menguasai sepenuh malah hal ehwal agama islam pun mrk campurtangan. Umat melayu perlu sedar bahawa pada PRU yang lepas DAP mendapat sokongan padu orang cina sehinga 90%. Jika trend sokongan itu meningkat bermakna DAP mampu untuk menang sekitar 45-55 kerusi parlimen. Dengan andaian parti-parti lain seperti PAS, PKR, PAN & PPBM boleh menang dengan tidak melebihi 30 kerusi, maka pastinya kerajaan yang akan dibentuk adalah kerajaan yang dominan dari DAP. 

Kemungkinan yang bakal berlaku ialah:

(1). Jawatan TPM diterajui oleh DAP

(2). Wakil rakyat DAP akan lebih ramai dilantik sebagai Menteri dan menguasai portfolio penting seperti Menteri Kewangan, Menteri Pelajaran, Menteri Pengajian Tinggi, MITI, KPDNKK dan sebagainya.

(3). Speaker dewan rakyat milik DAP

(4). Sebahagian besar Ahli Dewan Negara juga dari kalangan DAP

(5). CEO & Pengarah di GLC juga dari kalangan DAP

Begitulah maksud DAP menguasai kerajaan Pusat. PM walaupun orang melayu, namun nasibnya sebagai puppet sebagaimana MB Perak (Nizar) suatu ketika dulu dan MB Sgor kini yang langsung tiada agenda islam & melayu.

Mari kita lihat bagaimana PAP yang menjadi rujukan PH memerintah singapura...

Jadi, jika anda ingin memangkah DAP dalam pilihanraya umum akan datang, ingatlah apa yang sedang berlaku di Singapura sekarang akan turut berlaku di Malaysia. Hari ini sebagai pembangkang, mereka boleh cakap pasal apa sahaja termasuk penghapusan ISA dan soal kesamarataan tetapi percayalah, apabila mereka berkuasa, mereka akan memperkenalkan dasar-dasar yang menindas orang melayu seterusnya membangkitkan tindak balas orang melayu dan ketika itulah mereka akan memperkenalkan ISA semula atas alasan keselamatan negara. Di Singapura, Lee Kuan Yew juga bercakap mengenai kesamarataan tapi hakikatnya tidak ada yang samarata sebaliknya diskirminasi yang nyata.

Mungkin kalau ada pun yang PAP boleh belajar daripada DAP ialah bagaimana nak menggunakan duit judi lumba kuda untuk jadi sumbangan kepada fakir miskin, nak nak yang beragama Islam…..

Ini realiti di Singapura sekarang (Kiblat bagi ahli-ahli DAP)

- ISA Dilaksanakan Begitu Keras Dengan Tahanan Paling Lama Cecah 23 Tahun (Chia Thye Poh-tahanan politik). Kebanyakkan yang masuk ISA ialah aktivis politik, pemimpin kesatuan dan pelajar yg menentang PAP.

- Badan Kehakiman Dikawal Kerajaan PAP.

- Kesatuan Pekerja Kebangsaan dipengerusikan Menteri Kabinet Singapura (tidak bebas).

- Semua Stesen TV Dan Suratkhabar Adalah Milik Kerajaan PAP.

- Pihak Yang Cuba Bantah Kerajaan PAP Akan DiSaman Sampai Bankrap Dan Tidak Ada Mana Hakim Yang Berani Buat Keputusan Menentang Kerajaan PAP.

- Rakyat Diberikan Saham Yang Boleh Ditukar Dengan Wang Tunai Sehari Sebelum Pilihanraya Umum 2001 (rasuah)

- Penduduk di Kawasan Perumahan Yang Tidak Menyokong Kerajaan PAP, Tidak Akan Mendapat Khidmat Penyelenggaraan yang Sempurna pada PRU 1997 (ugutan)

- Kaum Melayu tidak dibenarkan berkhidmat sebagai juruterbang dan Komando Angkatan Tentera.

- Hanya ada seorang saja Jeneral India Muslim yang berkhidmat dengan SAF, yang lain semua Cina.

- Pemilikkan rumah orang melayu di Bedok dan Geylang dikawal dan dihadkan oleh Housing and Development Board (HDB) milik PAP untuk menyekat pengembangan orang melayu dan digantikan dengan orang cina yang dibawa masuk dari Negara China (ethnic residential quotas 1989).

- Diskriminasi kaum dalam bidang pekerjaan dengan kebanyakkan syarikat meletakkan syarat fasih berbahasa Mandarin dan mengutamakan pekerja asing (gaji murah) daripada bangsa Minoriti Singapura. Ada sesetengah kes bilamana calon kaum minoriti berjaya membuktikan kefasihan bercakap dalam bahasa Mandarin, mereka akan diminta menulis dalam bahasa cina pula.

- Kebanyakkan pemilik rumah (cina) tidak membenarkan orang india dan melayu menyewa rumah mereka.

- Kerajaan Singapura memberi biasiswa sebanyak S$500 sebulan kepada kanak-kanak dari Tanah Besar China (terutama Hunan dan Hubei) untuk belajar di Singapore. Keistimewaan sama tidak diberi kepada kanak-kanak dari Malaysia mahu pun India

- Bahasa kebangsaan Singapura pada 1965 ialah bahasa Melayu tetapi telah ditambah kepada bahasa-bahasa lain berikutan penurunan populasi Melayu.

- Racial Harmony Day dirayakan setiap 21hb July tiap tiap tahun bagi memperingati rusuhan kaum yang berlaku pada 1964 yang berlaku antara etnik cina dan melayu. Rusuhan kaum ini adalah antara punca kenapa Singapura dikeluarkan dari Persekutuan Malaysia 1965 bila ia dijadikan alasan oleh LKY untuk menuntut hak kesemarataan dari Tunku untuk semua rakyat dalam Persekutuan Malaysia.

Bersediakah orang melayu menerima hakikat itu?

Adakah Rakyat Malaysia yg majoritinya Islam mahu Bukan Islam memerintah kamu?
 
Apa akan berlaku jika kuasa politik org Melayu Islam hilang di tanah air sendiri?

Bukalah minda tu wahai bangsa melayu. Jgn kerana kebodohan kamu akan merosakkan tanahair ini dan masa depan keturunan kamu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan