Ini berikutan nama Anwar turut disebut sebagai calon perdana menteri ke 7. Mana mungkin seorang banduan boleh diangkat menjadi perdana menteri. Ia bercanggah dengan perundangan yang telah diluluskan oleh parlimen.
Banduan yang telah dibebaskan dari penjara hendaklah menunggu selama 5 tahun untuk membolehkan banduan bertanding dalam mana-mana pilihanraya. Amat melucukan apabila sebahagian peserta konvensyen PKR mengangkat playcard ANWAR PM KE 7 baru-baru ini.
PPBM pun sama kartun dengan PKR kerana 3 tokoh mereka masing-masing mahu menjadi PM. Mat Sabu yang habuk pun tak ada pun ada pasang angan-angan untuk jadi PM.
Dap juga yang bijak kerana tidak perlu melalak seperti PAN, PPBM dan PKR. Dalam senyap-senyap Dap mengatur strategi untuk menang kerusi dewan rakyat sebanyak mungkin.
Anwar walaupun dalam penjara masih ada ruang untuk menyampaikan arahan kepada isterinya yang menjadi Presiden PKR dan pakatan.
Anwar menolak sebarang perancangan yang dibuat oleh PPBM khususnya yang kemaruk untuk menjadi PM.
Dalam senarai asal yang dipersetujui sebelum ini ialah penasihat (Dr Mahathir dan Anwar), pengerusi (Dr Wan Azizah) manakala tiga ketua parti iaitu Muhyidin Yassin (Bersatu), Mohamad Sabu (Amanah) dan Lim Guan Eng (DAP) adalah naib pengerusi.
Dalam senarai asal yang dipersetujui sebelum ini ialah penasihat (Dr Mahathir dan Anwar), pengerusi (Dr Wan Azizah) manakala tiga ketua parti iaitu Muhyidin Yassin (Bersatu), Mohamad Sabu (Amanah) dan Lim Guan Eng (DAP) adalah naib pengerusi.
Carta di atas adalah carta yang dikehendaki oleh Anwar, Matlamatnya Azizah adalah bakal PM manakala carta aliran di bawah pula menguntungkan Mahathir untuk dilantik menjadi PM jika menang kerusi MP.
Setakat hari ini belum ada kata putus, namum percaya lah apa jua perancangan mereka tidak akan direstui oleh pihak-pihak yang berkepentingan.
Ibarat telahan yang biasa kita dengar TIDUR SEBANTAL, MIMPI LAIN-LAIN.