Ahad, 11 Jun 2017

Rumah Mesra Rakyat FELDA hebat






Hari ini 10 Jun Perdana Menteri DS Najib Razak  ke Kulai untuk berjumpa dengan warga FELDA dan melihat kemajuan pelaksanaan salah satu inisiatif kerajaan iaitu Rumah Mesra Rakyat FELDA.

Berkongsi sedikit mengenai program ini, Kerajaan telah membuat perancangan untuk membina sebanyak 20,000 rumah di kawasan-kawasan terpilih iaitu di 10 wilayah FELDA.

Kerajaan menyediakan pelbagai bantuan kewangan di bawah program ini, antaranya subsidi pembinaan sebanyak RM20,000 seunit, yuran pengurusan, subsidi GST sebanyak 6% dan subsidi keuntungan bank.

Alhamdulillah setakat ini, kita telah mencapai kemajuan yang progresif dan memberi kesan positif kepada warga FELDA.

Sejumlah 1,084 unit rumah telah siap dibina setakat ini manakala 206 lagi sedang dibina dan saya juga telah meluangkan masa bersama salah seorang daripada penerima manfaat program ini.

Saudara Azman Ahmad, 52, merupakan seorang penyelia pembinaan dan isteri Zailina Mohamad, 41, pula merupakan pekerja kilang dan mereka boleh dikatakan terdiri daripada isi rumah yang berpendapatan rendah.

"Saya gembira melihat mereka telah pun berpindah masuk ke rumah baru mereka yang siap dibina baru-baru ini. Terima kasih kerana sudi menjemput kami ke rumah tadi, semoga selesa dan bahagia bersama keluarga."

Kerajaan memberi jaminan bahawa kebajikan dan masa depan warga FELDA sentiasa diberi perhatian penuh dan tidak akan diabaikan. Kita akan terus memperjuangkan dan memelihara nasib dan keperluan anda, terutamanya dari segi perumahan.

Insya-Allah.