Rabu, 5 Julai 2017

EDRA DAHULUNYA BESI BURUK KINI MENJADI DURI PEMBANGKANG



Ketika TNB membida mahu membeli Edra, mereka (#GengIQ41) kata Edra tiada nilai dan bakal jadi BESI BURUK jika TNB beli EDRA. Dijaja pula TNB tunduk pada arahan kerajaan untuk 'bailout' BESI BURUK.

Apabila Edra dibeli (melalui bidaan) oleh syarikat dari China, spin cerita pula kata Edra dijual ke China. Jikalau Edra tu BESI BURUK, mengapakah syarikat dari China sebegitu naif untuk membida Edra dengan nilai tertinggi?

Kini setelah Edra dibeli syarikat dari China, spin isu lagi cakap bahawa TNB beli tenaga dengan China.

#TahukahAnda bahawa Edra bernilai tinggi dan IPP EDRA bukan sekadar di Malaysia sahaja, kerana itulah Edra berani dibida oleh syarikat dari China dengan harga tinggi menewaskan TNB?

Tidak boleh pusing pasal BESI BURUK, sekarang pusing pula cerita pasal TNB kena beli IPP dengan China. Habis tu nak beli IPP dengan siapa?

Itu tidak masuk pusing pasal isu #1MDB. Isu #DAP terima dana asing dari NED tidak mahu pula disentuh, tidak masuk lagi isu terowong di Pulau Pinang yang betul-betul 'took over' oleh syarikat China tidak pula dikata pula Pulau Pinang dijual kepada China?

Itulah jenis politikus machiavelli, segalanya dihalalkan atas nama rakyat kononnya tanpa peduli ianya fitnah atau sebagainya. Menutup isu yang membabitkan diri sendiri, tidak masuk lagi skandal RCI di bawah sang mantan lagi.

Mungkin inilah keadilan, keadilan terpilih & terpimpin kononnya.

Keadilan yang menghalalkan memfitnah, menghasut, menimbulkan kekacauan, memberita separuh masak untuk musuh dan suci untuk diri sendiri.

Seolah-olah partinya terlalu suci hakikatnya paling banyak baling kerusi dan paling banyak merajuk tidak dapat kerusi.

Inilah dia hakikatnya politikus tidak beragama. Secara jujurnya, kita lebih seram dengan mereka yang sebegini berbanding yang lain-lainnya.

Sebelum mendapat jawatan menghalalkan apa sahaja, tidak mustahil sesudah dapat jawatan, menzalimi lebih daripada para musuhnya sekarang. Sesiapa yang sanggup dizalimi, terpulanglah ya..

Adakah benar-benar Rafizi Ramli (#RafiziPelawakYangLucu) marhaen ataupun menggunakan lafaz hak rakyat dan sebagainya demi sesuatu?

#FikirFikirkanlah antara #RealitiVSPersepsi ini ya, #TakFahamTakpe ๐Ÿ˜Ž