Selasa, 4 Julai 2017

Mahathir Menangis Di London Kerana Kecewa Karenah Ahli Ahli Parti Bunga



Aidilfitri tahun ini agak berbeza bagi Mahathir. Jauh dia membawa diri ke London. Membawa hati dan perasaan yang kecewa terhadap ahli ahli parti bunga dan rakan rakan barunya dalam Pakatan Harapan. 

Merajuk sungguh. Mahathir merasakan inilah masa terbaik untuk dia meluah rasa hati dan mengubat kecewa bersama keluarganya. Mahathir takut sangat bila RCI Skandal Forex ditubuhkan. Mahathir merasakan masanya mungkin terhad untuk bersama keluarganya lagi. 

Ada yang nampak, Mahathir mengesat air matanya ketika solat hari raya Aidilfitri. Sugul dan termenung jauh memandang ke sejadah. Entah apa yang difikirkan. Namun mereka yang berada di saf belakang jelas nampak kekecewaan Mahathir di pagi raya. 

Menurut sumber dalaman PPBM, Mahathir sebenarnya sudah mula rasa kecewa dengan ahli-ahli PPBM. Di peringkat atas, Muhyiddin masih berkeras mahu meletakkan orang orangnya di bahagian bahagian tertentu.

Muhyiddin seolah olah mahu menguasai PPBM. Tidak tanya pandangan Mahathir terlebih dahulu dan mula sisihkan orang orang Mukhriz di beberapa negeri tertentu. Ini yang menyebabkan pergolakan dalaman berlaku. 

Muhyiddin juga gagal mencari sumber dana sendiri untuk parti. Semua perkara dan gerak kerja banyak bergantung pada dana dari Mahathir dan Daim. Kesan kepada setiap gerak kerja tidak nampak, tetapi wang sudah habis jutaan ringgit.

Dengan kawan kawan pembangkang pun Mahathir mulai berkecil hati. 21 Jun 2017, Mahathir sudah meluahkan rasa kecewanya itu pada Channel NewAsia. Mahathir kata semua pemimpin dalam Pakatan Harapan tidak mahu memanggilnya sebagai Pengerusi dalam mesyuarat. Kalau gelaran itu diberi pada orang lain, tidak mengapa, tetapi tidak boleh untuk dirinya. 

Mahathir kata inilah punca kegagalan pendaftaran Pakatan Harapan dengan ROS. Ada pemimpin Pakatan Harapan bimbang dan tidak percaya pada dirinya, kata Mahathir. Selain itu, Mahathir dianggap cuba "hijacked" Pakatan Harapan bila bercakap mahu menjadi Perdana Menteri semula.

Mahathir yang juga Penasihat Pakatan Harapan (PH) kecewa kerana logo belum siap. Walhal, cadangan satu logo itu adalah dari ideanya sendiri yang mahu meniru konsep kerjasama yang diamalkan Barisan Nasional. Namun, para pemimpin PH seolah-olah kurang berminat dengan idea Mahathir itu. Dipermainkan pula oleh Rafizi yang mencipta logo yang buruk. 

Lebih membuatkan Mahathir 'berjauh hati' apabila setiap strategi serangan yang dia pelopori untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak, semuanya tidak berjaya. Semua gerak kerja yang digerakan oleh jentera PPBM tidak menjadi. Ini termasuklah cubaan kali kedua menggunakan DoJ untuk memburukkan Perdana Menteri, juga menemui kegagalan. 

Tindakan Syed Saddiq membuka pekung bayaran RM30 juta oleh Daim kepada media asing dan Clinton Foundation amat mengecewakan Mahathir. Syed Saddiq gagal menjaga Armada PPBM. Tiga exco PPBM persoalkan balik kekayaan anak anak Mahathir.  Syed Saddiq memang "bloody fool" seperti kata Daim.

Mahathir meluahkan rasa kecewanya dengan analogi Menara Grenfell di London yang terbakar. Mahathir mengakui bahawa cara Grenfell terbakar agak berbeza kerana ia seperti jamung gergasi. Dari bawah api naik di luar bangunan. Sebabnya ialah bahan yang digunakan sebagai dinding luar dari jenis yang mudah terbakar.

Ini secara tersiratnya menunjukkan keadaan yang sedang berlaku dalam PPBM. Seperti Grenfell, kebakaran dalaman yang berlaku dalam PPBM merebak dengan cepat. Sudah banyak bahagian PPBM telah dibubarkan. Sudah ribuan ahli PPBM keluar parti. Kedua dua sayap PPBM sudah terbakar, Armada dan juga Srikandi. 

Seperti Grenfell, asas penubuhan PPBM juga tidak kuat. Hanya berasaskan sentimen benci pada pemimpin semata mata. 

Bahan yang diguna PPBM juga tidak kuat. Bahannya emosi dan perasaan marah untuk menjatuhkan pemimpin semata mata. Ini yang membuatkan PPBM mudah terbakar.

Mahathir tidak mampu hendak kawal kebakaran dalaman yang berlaku dalam PPBM ini. Tangan yang membakarnya itu adalah ahli PPBM sendiri. Namun, bagi mengelak malu, tangan lain pula yang dituduh. 

Seperti DAP yang banyak masalah dalaman, PPBM juga sedang terbakar teruk dari dalam. Inilah yang membuat Mahathir kecewa dan berduka lara. Hingga beraya di luar negara.