Isnin, 10 Julai 2017

Mahathir Sanggup Buat Apa Sahaja Untuk Pujuk Hati Anwar Ibrahim Dan Lim Kit Siang


Pengerusi PPBM, Mahathir telah membuat satu "Pusingan U" paling hebat di Malaysia. Lengkaplah kini, sudah ada bermacam macam jaguh dalam pembangkang. Jaguh duduk paling lama atas kerusi selama 51 tahun (Kit Siang), juara memfitnah (Rafizi Ramli) dan jaguh "pusingan U" (Mahathir). 

"Korner baring" di selekoh "pusingan U" yang dibuat Mahathir adalah yang paling dramatik sekali. Dulu, Mahathir sendiri yang gelar Anwar peliwat, moral rendah dan perasuah. Kini, Anwar sudah boleh diterimanya sebagai calon PM.

Bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib, tindakan Mahathir itu menunjukkan Mahathir panik dengan keputusan Kabinet untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat kerugian sebenar akibat skandal dagangan  mata wang asing (Forex) pada sekitar tahun 90-an.

Sebelum ini laporan menyebut Bank Negara Malaysia (BNM) telah kerugian sebanyak RM30 bilion dalam urusniaga berkenaan ketika zaman Mahathir menjadi Perdana Menteri. 

Menurut Najib, Mahathir tahu bahawa hasil daripada siasatan RCI akan membawa kepada pendakwaan jenayah dan Mahathir akan cuba lakukan apa sahaja untuk menyelamatkan dirinya.

Dia tidak mahu orang-orang yang menjadi saksi seperti Anwar dan Lim Kit Siang bercakap benar dalam prosiding memberi keterangan kepada barisan anggota RCI jika dipanggil nanti.

Sebelum ini, Kit Siang pernah dipanggil Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan untuk membuat siasatan awal untuk beri keterangan dan beliau memberikan keterangan hanya setengah jam sahaja, sedangkan Kit Siang pernah tulis sebuah buku berkenaan skandal terbabit.

Mahathir juga dengar ceritanya, senyap-senyap sedang "gilap" dan taja anak angkatnya, Azmin Ali untuk menjadi PM jika Mukhriz gagal mendapat tempat. Perkara ini sudah dihidu oleh Anwar. Oleh kerana itulah Nurul Izzah diutus ke London untuk "make a deal" dengan Mahathir.

Rundingan yang dibuat adalah, Anwar mahu Mahathir menyokong pembebasannya dari penjara. Selepas itu, mohon pengampunan untuk terlibat dalam politik dan kemudian menjadi Perdana Menteri. Ini permintaan Anwar yang disampaikan kepada Mahathir menerusi Nurul Izzah. 

Sebagai balasan kepada persetujuan Mahathir itu, Anwar yang menjadi saksi dalam kes RCI Skandal Forex akan cuba membela dan melindungi Mahathir jika dipanggil nanti. Anwar tahu Mahathir tiada pilihan, terpaksa buat keputusan memilihnya bagi mengelak dimalukan dalam isu Skandal Forex. 

Yang paling tidak puas hati bila Nurul Izzah membuat rundingan itu adalah Azmin Ali. Syed Saddiq, Tun Daim Zainuddin dan Azmin Ali berada dalam satu kem. Mahathir percaya dia mampu "remote control" Azmin berbanding Anwar. 

Kerana tidak puas hati dengan rundingan London yang dibuat Nurul Izzah itulah, Azmin mula menyerang Wan Azizah dan Guan Eng secara terbuka. Azmin sebenarnya sudah "main belakang" Anwar dan mengadakan pakatan sulit lain dengan Mahathir.

"Civil War" yang berlaku dalam Pakatan Harapan tidak boleh ditutup lagi. Mahathir adalah punca sebenar berlakunya perang besar ini. Perang merebut tempat dan kuasa semata mata. 

Oleh kerana itulah, bila pulang dari London, tidak sampai 48 jam selepas membuat kenyataan menyokong Anwar menjadi PM dalam The Guardian, Mahathir buat "pusingan u" sekali lagi dalam Strait Times Singapore. Mahathir menafikan pula dia sokong Anwar menjadi PM. 

Kenapa buat begitu pula? Sebab mahu pujuk hati Azmin Ali pula? Ada kecenderungan Mahathir akan pusing balik dan sokong Azmin atau Mukhriz menjadi PM dan bukannya Anwar. Lihat sahaja pada pendirian Mukhriz. 

Sudahkah Mukhriz menyatakan pendirian sokong Anwar sebagai PM? Tidak ada. Sudah dua kali, Mukhriz tidak sokong. Kali pertama ketika di Konvensyen PKR di Shah Alam, Mukhriz bantah Anwar sebagai calon PM yang ketujuh. Kali ini, bila bapanya sokong Anwar dari London, Mukhriz diam juga. 

Maka, memang betullah andaian yang dibuat bahawa Mahathir memang mahukan Mukhriz sebagai PM untuk meneruskan legasinya. Tidak perlulah sibuk Mukhriz hendak menafi dan menyaman pihak lain yang berkata Mukhriz mengidam hendak jadi PM. Memang betul pun, itu niat Mahathir.

Nampaknya, Mahathir sudah main kayu tiga dengan Anwar. Di belakang Anwar nampaknya, Mahathir pasang Azmin. Mahathir juga pasang Mukhriz dengan membuat perjanjian sulit dengan Kit Siang yang masih berjalan sampai hari ini. 

Perjanjian London dengan Nurul Izzah hanyalah untuk RCI semata mata. Mahathir boleh buat apa sahaja untuk dua tujuan ini dalam masa terdekat ini. 

Satu, untuk melepaskan diri dari RCI. Dua, untuk menjadikan Mukhriz atau Azmin sebagai PM. Si lebai malang, Muhyiddin dan seluruh ahli ahli PPBM yang lain sudah kena "hancing" dengan Mahathir. 

Inilah "Machiavelli Malaysia" yang bernama Mahathir. Apa sahaja akan dibuat, janji matlamatnya tercapai.