Isnin, 10 Julai 2017

Rangkuman berita hari ini



➡ *NASIONAL*
1. SUNGAI PETANI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengesan 74 kes membabitkan pelbagai kesalahan sepanjang tempoh penguatkuasaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa antara 17 Jun hingga 30 Jun lalu.
2. SHAH ALAM: Kementerian Pendidikan memperuntukkan sebanyak RM42 bilion setahun bagi tujuan pentadbiran dan pengurusan kelengkapan.
3. AYER KEROH: Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) digesa memperkasa program dakwah yang dilihat semakin hambar serta seakan terkandas di tengah jalan.
4. PADANG BESAR: Yayasan Pelajaran MARA (YPM) terus komited membantu meningkatkan aspek pendidikan khususnya dalam kalangan pelajar miskin di seluruh negara, melalui program kelas bimbingan tambahan disediakan.
5. PEKAN: Kerajaan bersetuju menyediakan tanah seluas 16 hektar untuk membina bangunan kekal Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman di Putrajaya, kata Datuk Seri Najib Razak.
6. KEPALA BATAS:  Promosi jualan akhbar BH bersama Lifebuoy di Pasar Tani Penaga di sini, pagi ini, mendapat sambutan menggalakkan apabila 1,000 naskhah akhbar itu dijual dalam tempoh kurang dua jam.
7. SEPANG: Empat pendaki dari Kelab Jelajah Alpine (KJA) meneruskan usaha mencari dan menyelamat (SAR) rakan mereka, Ramli Abdul Majid, 44, yang hilang di Gunung Damavand, Iran, sejak November tahun lalu.
8. PUTRAJAYA: Kira-kira 1,000 tetamu termasuk 60 anak yatim dan golongan asnaf diraikan pada majlis sambutan Aidilfitri Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi di sini, semalam.

➡ *POLITIK*
1. PEKAN: Pembangkang tidak perlu menyelamatkan Malaysia kerana ekonomi negara ini berada di landasan yang terbaik malah mendapat pengiktirafan dari negara luar.
2. PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, menghadiri majlis perkahwinan anak lelaki Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah di sini, malam tadi.
3. KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, DAP tidak boleh meletakkan calonnya untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang jika mereka tidak mematuhi arahan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
4. KAMPUNG GAJAH: Pemimpin DAP tidak wajar berasa takut mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu jika mereka percaya berada di landasan benar.
5. KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, menamakan tiga tokoh politik yang disifatkan wajar berundur dari pentas politik tanah air kerana dianggap akan terus memecahbelahkan rakyat selagi berkecimpung dalam arena ini.
6. KUALA KLAWANG: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pembangkang dikesan memindahkan pengundi ke Johor dalam usaha memenangi beberapa kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) tertentu.
7. KUALA LUMPUR: DAP mahu mengadakan perjumpaan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) bagi mendapatkan penjelasan berhubung arahan perlu mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) yang baharu.
8. MELAKA: Kelakuan Tun Dr Mahathir Mohamad yang sering membuat pusingan U dan mengeluarkan kenyataan janggal serta pelik sejak akhir-akhir ini, meletakkan dirinya sebagai seorang negarawan yang berstatus rendah.
9. BUTTERWORTH: UMNO Pulau Pinang hari ini, membidas tindakan DAP yang mendakwa Pendaftar Pertubuhan (ROS) cuba mensabotaj parti itu berhubung arahan mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC).   

➡ *EKONOMI*
1. KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang berada di Arab Saudi kini boleh mendapatkan barangan makanan dan minuman jenama tempatan di kedai runcit pertama berkonsepkan Malaysia sepenuhnya di negara itu, Kedai Asia.
2. KUALA LUMPUR: Amanah Raya Bhd (AmanahRaya) akan terus memberi tumpuan untuk mengembangkan saiz dana unit pelaburan hartanahnya (REIT) kepada RM2 bilion dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.
3. KUALA LUMPUR: Syarikat pemaju hartanah, perunding dan seni bina perlu merebut peluang memperluaskan rangkaian pasaran mereka di luar negara terutama pasaran United Kingdom (UK).

➡ *AGAMA*
1. Dari Abu Qatadah bin Rib'i r.a : Rasulullah saw bersabda, "Allah SWT berfirman, 'Aku telah mewajibkan atas umatmu lima (kali) waktu solat dan Aku telah membuat janji di sisi-Ku bahawa barangsiapa yang memelihara lima waktu ini maka dia akan Aku masukkan ke dalam syurga dan barangsiapa yang tidak menjaganya, maka tiada ada baginya janji-Ku." Hasan

➡ *ANTARABANGSA*
1. MOSUL: Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi, memuji pasukan tentera negara itu kerana berjaya menewaskan kumpulan militan Daesh di Mosul.
2. AMMAN: Syarikat penerbangan Royal Jordanian Airlines memperoleh pengecualian terhadap larangan membawa komputer riba dan peranti berkomputer daripada Amerika Syarikat (AS) ke atas penumpang yang menaiki penerbangan itu.
3. BERLIN: Kira-kira 30 pemimpin Islam dari seluruh Eropah berhimpun hari ini untuk membantah menentang keganasan di lokasi serangan rempuhan maut Disember lalu, didakwa dilakukan militan Daesh.

➡ *SUKAN*
1. MELAKA: Pasukan Melaka United (MU) merangkul tempat ketiga Kejohanan Futsal AFF 2017 di Bangkok Arena, Thailand sebentar tadi, selepas menewaskan Permata Indah Manokwari FC dari Indonesia, 4-2.
2. KUALA LUMPUR: Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) kembali menempelak Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa selepas berterusan menyalahkan badan pentadbir liga itu susulan sekatan perpindahan pemain ke atas pasukan itu. 
3. SPIELBERG, Austria: Valtteri Bottas memenangi Grand Prix (GP) Austria di sini, sebentar tadi, kejuaraan kedua sejak menyertai pasukan Mercedes.
4. LONDON: Tonggak pertahanan antarabangsa Jerman, Antonio Rudiger menyertai Chelsea dari kelab Itali, AS Roma, dengan nilai sebanyak 29 juta pound sterling (RM160 juta), umum kelab itu, semalam.