Selasa, 25 Julai 2017

Pembangkang Bangkit Isu 1MDB di Parlimen Untuk Tutup Penyelewengan Sendiri



Sesungguhnya syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membawa kesejahteraan kepada rakyat. Buktinya, pembangkang menjadikan isu 1MDB sebagai perisai untuk menyelamatkan banyak hal melibatkan penyelewengan mereka.

Rasuah, salah laku serta kegagalan membuat kerja di kawasan sendiri adalah antara sebab mengapa pembangkang membangkitkan isu 1MDB.

Mereka cuba membangkitkannya lagi di Parlimen tetapi ditolak Speaker Dewan Rakyat.

Penolakan itu bukan disebabkan takut atau cuba melarikan diri tetapi bak kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman, adalah tidak tepat jika pembangkang menyatakan tiada satu soalan pun berhubung 1MDB dijawab.

Ini kerana terdapat empat soalan mengenai 1MDB iaitu daripada anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Kelana Jaya, Seremban dan Segambut yang telah tersenarai dalam Aturan Urusan Mesyuarat.

``Soalan-soalan yang tidak tersenarai mungkin berada dalam pertimbangan mahkamah atau bercanggah dengan Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat,'' kata Azalina.

Sebenarnya sudah 72 kali isu berkenaan 1MDB dijawab oleh pelbagai pihak termasuk menerusi televisyen, forum dan daripada menteri sendiri.

Lebih penting, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sudah melakukan siasatan rasmi dengan ahlinya terdiri daripada pembangkang sendiri.

Apa yang patut diketahui pembangkang, mereka perlukan talian hayat baru kerana setelah hampir tiga tahun menyerang Datuk Seri Najib Tun Razak dan 1MDB, rakyat tidak termakan pun umpan mereka.

Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri Sarawak, pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah jawapan sebenar rakyat bahawa mereka menolak umpan pembangkang itu.

Akhirnya Mahathir Mohamad yang tidak bermaruah dan tidak berasa malu, masih terhegeh-hegeh meneruskan kempen kebenciannya. Jelas pembangkang berada dalam kecelaruan.

Apatah lagi semua berita dan laporan berkenaan 1MDB dari luar negara sudah diketahui didalangi oleh pihak beliau.

Justeru, rumusan kepada kempen kebencian itu ialah pembangkang perlu memainkan semula 1MDB di Parlimen. Apabila ia ditolak Speaker, maka bolehlah mereka canang BN takut dan lari dari isu 1MDB.

Pembangkang sendiri kini terumbang-ambing. Malah parti induk dalam Pakatan Harapan iaitu DAP terpaksa mengadakan pemilihan jawatan kerja pusat (CEC) semula.

Hal CEC ini dirumitkan lagi dengan kes rasuah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Selain itu individu seperti Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli juga sudah menghidu kegagalan kerana selama bertahun-tahun berkempen memburukkan Najib dan kerajaan dengan kerja "character assisanation", tiada hasil yang kelihatan sebaliknya kedudukan Najib yang juga Presiden UMNO semakin kukuh.

Paling ketara pembangkang harus mengalihkan perhatian kerana kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan kini mempunyai tiga nakhoda dalam satu bahtera. Bukan itu sahaja, DAP sebagai induk terbesar pula tidak ada calon di atas dalam kepimpinan Pakatan Harapan.

Pembangkang amat takut jika pilihan raya tiba tiba diadakan, mereka masih terpaksa menjawab hal berkaitan pembinaan projek terowong dan penyelewengan wang oleh DAP Pulau Pinang.

Mereka tidak mahu menghadapi pilihan raya dalam keadaan bertahan sedangkan BN dalam kedudukan menyerang. Maka  "bola" mesti segera disepak ke kawasan lawan, dan apakah yang terbaik jika bukan isu popular 1MDB.

Tulisan : 
Beruang Biru
Selasa, BB512
25 Julai 2017