Khamis, 24 Ogos 2017

BAU BUSUK BERHAMPIRAN DEWAN MPT KAMUNTING BAKAL BERAKHIR

Pembersihan Terakhir Tapak Pembuangan Sampah berhadapan Kuil Hindu bersebelahan Dewan MPT Kamunting. 

Tapak ini akan ditutup dan diharap tidak ada lagi penduduk yang buang sampah di situ demi menjadikan tempat itu bersih dari kotoran dan bau sampah yang mengganggu kawasan persekitaran.
Terima Kasih MPT.

Setiap hari MPT terpaksa membersihkan dua atau tiga lori sampah yang dibuang oleh peniaga haram dan berlesen di sekitar pekan Kamunting.

Biasanya sampah di bawa ke tempat tersebut menggunakan basikal roda tiga, van, pick up truck dan juga lori satu tan hingga tiga tan.

MPT wajar meletakkan CCTV atau pun pegawainya untuk memantau seminggu dua lagi.