Selasa, 8 Ogos 2017

KKM jawab isu Ambulans yang disalah tafsir oleh wartawan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa kenyataan *akhbar yang mendakwa perolehan ambulans KKM bernilai sehingga RM400 juta adalah tidak tepat sama sekali*.

Perolehan kenderaan ambulans sebanyak 500 buah adalah berjumlah RM225.2 juta sahaja dimana separuh daripada ambulans ini adalah jenis ambulan spesifikasi penuh yang dilengkapkan dengan peralatan perubatan terkini, antaranya seperti Advance Cardiac Care Device, Portable Ventilator, Portable Medical Suction Unit, Foldable Stretcher with Safety Belt, Syringe Perfusion Pumps dan Vital Sign Monitor. 

KKM juga ingin memaklumkan bahawa sejak tahun 2010, sebanyak 925 buah ambulans telah diperoleh dengan nilai hampir RM389 juta. 

*Dengan kenyataan ini diharap pihak yang tidak bertanggungjawab tidak akan memutarbelitkan fakta sebenar bagi mengelirukan rakyat*. 

Sekian.

Ketua Setiausaha
Kementerian Kesihatan Malaysia
8 Ogos 2017