Jumaat, 8 September 2017

Kes FOREX semakin menakutkan pembangkang.



Minggu ini sana sini bercakap isu kehilangan lebih 30Bilion wang negara dalam perjudian Forex zaman Mahathir.

Gabenor Bank Negara, mantan menteri kewangan dan hari ini Anwar Ibrahim pula di panggil untuk memberi keterangan.  

Paling mendebarkan ialah Tun Mahathir apabila Anwar yang di siasat hari ini.

Ia menyebabkan Tun muncul tanpa diundang, hadir ke mahkamah untuk mendengar prosiding pada sebelah petang kira-kira jam 2.30 pm dan beredar jam 4.15 PM.

Ini adalah kali kedua Tun hadir untuk mendengar kes Forex, kali pertama ialah pada 24 Ogos lalu.

Sebelum ini peguam Tun dan Anwar meluahkan kekecewaan kerana dua anak guam mereka belum dipanggil untuk memberi keterangan,  hari ini peguam boleh duduk diam selepas tiba giliran Anwar, 

Kerisauan melanda adakah Tun akan dipanggil.  Sabar lah ini baru 18 saksi dipanggil, mungkin ramai lagi akan dipanggil secara mengejut.

Bukannya sikit wang negara hilang dalam tempoh 4 tahun daripada1990 hingga 1994.

Terima kasih jugalah kepada Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng pada tahun 2012 yang mahukan kerajaan menyiasat kehilangan 30B zaman Mahathir.

DAP punya bersungguh sungguh untuk membongkar kes tersebut sehingga sanggup menganjurkan satu forum atau konferen.

Lim Kit Siang adalah orang pertama yang memberi overview  kehilangan wang negara berjumlah RM 60 billion.  

Tahun 2006 Lim Kit Siang pernah membangkitkan isu ini dalam dewan rakyat dan mahu RCI ditubuhkan untuk menyiasat kes.

Paling terperangkap ialah Anwar Ibrahim  pada 2012 yang pong pang pong pang akhirnya dirinya terjerat.

DAP pun sama, selepas kerajaan bersetuju untuk buat RCI semua artikel berkaitan kehilangan 30B di padam daripada Roketkini.

Isu semakin menarik,  mari kita tunggu dan lihat , SIAPA YANG KENA?