Ahad, 3 September 2017

PELANCARAN LAMAN KHAS #BAJET2018




Seperti tahun-tahun sebelum, maklum balas dan cadangan rakyat sentiasa memainkan peranan penting dalam pembentukan bajet tahunan negara. 

Oleh itu, kerajaan telah menyediakan satu laman web khas yang interaktif untuk mendapatkan input bagi #Bajet2018 di https://bajet2018.najibrazak.com.

Terdapat 14 kategori dalam laman ini yang bersesuaian dengan intipati yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak pada 27 Oktober 2017 kelak. Antaranya, ekonomi digital, kos sara hidup, perumahan dan kehidupan bandar, perkhidmatan penjagaan kesihatan, pengangkutan dan infrastruktur, pembangunan desa, alam sekitar dan pertanian, belia dan sukan, budaya dan pelancongan serta keselamatan awam dan ketelusan.

Laman web khas ini dibuka kepada umum mulai 4 September 2017 sehingga 18 September 2017.

Rakyat Malaysia digalakkan untuk kemukakan sebanyak mungkin input untuk sama-sama mengambil bahagian dalam pembentukan #Bajet2018.

Datuk Seri Tengku Sariffuddin
Setiausaha Akhbar Kepada YAB Perdana Menteri

3 September 2017

1) PMO FACEBOOK


2) PMO TWITTER