Ahad, 3 September 2017

RASUAH UNISEL: KINI DOKUMEN JANA NIAGA PULA DIDEDAHKAN! APA HUBUNGAN AZMIN DAN CEO MBI?






1. Setelah didedahkan pelbagai dokumen sebelum ini iaitu surat MBI kepada Unisel yang memaksa penyelesaian pertikaian dengan Jana Niaga, jawapan balas Naib Canselor Unisel yang mempertikaikan keputusan MBI, dokumen baucer bayaran RM 10 juta dan RM6 juta serta dokumen mahkamah kini dokumen berkaitan Jana Niaga Sdn Bhd pula didedahkan. Menurut rekod SSM pemilik Jana Niaga Azman Abd Karim dan Abdul Majid Abd Karim turut memiliki Syarikat Jana Niaga Holding Sdn Bhd.


2. 24 Ogos lalu selepas serbuan SRPM terhadap Unisel, MBI dan JNSB Tan Sri Khalid Ibrahim bekas MB Selangor dalam kenyataan medianya mendedahkan kontrak JNSB telah ditamatkan pada 2013 kerana kegagalan Syarikat JNSB mematuhi kontraknya. JNSB turut menawarkan Kerajaan negeri mengambil alih hutang JNSB namun kerajaan negeri masa itu sudah membuat keputusan menolak. Tiada permohonan Timbang Tara dibuat oleh JNSB. Yang pasti kes mahkamah Tinggi 2012 dan Mahkamah Rayuan juga menolak rayuan JNSB. Kalah!.


3. Namun ahli Lembaga Pengarah PIYSB membuat ketetapan menyerahkan kuasa penyelesaian pertikaian Unisel dan JNSB kepada YM Raja Shahreen CEO MBI. Disinilah titik permulaan penyelewengan dana MBI.




4. Mengapa syarikat yang gagal malah rugi dengan banyak hutang ini dibantu oleh Azmin Ali? Apa hubungan Azmin Ali dan CEO MBI dengan Jana Niaga? Syarikat mempunyai banyak hutang, malah diisytihar rugi namun mempunyai aset yang banyak. JNSB memanfatkan bayaran dari Unisel dan MBI untuk membayar lialiti hutang dan juga pembelian aset. JNSB kelihatannya mengeluarkan wang dan membeli aset.



17 Mac 2015 Setuju dengan penyelesaian pertikaian- Tanpa Timbang Tara



19 Mac 2015- Setuju bayar RM10 juta mobilisasi kepada JNSB- Dalam dokumen MBI Kontrak Sambung.Klausa 4.7 &4.9 -Dipertikaikan oleh Naib Canselor Unisel selepas itu



Baucer bertarikh 9 Mac 2015 (lebih awal) namun ditandatangani oleh JNSB oleh Azman Abdul Karim pada 20 Mac 2015 sehari selepas surat MBI memaklumkan surat bayaran


Siapa pemilik Syarikat Jana Niaga Sdn Bhd & Jana Niaga Holdings Sdn Bhd































masterdedah at 5:20 PM