Sabtu, 23 September 2017

SEMUA YANG KELUAR PARTI BUNGA ADALAH SAMPAH



Tun Mahathir dalam ucapan nya di Bukit Merah Lake Town Perak tadi  menyatakan semua yang keluar dari PPBM adalah sampah.


MENYAMAKAN MEREKA YANG KELUAR PPBM SEBAGAI SAMPAH

Tun Mahathir dalam ucapan nya menyatakan
"Kita ....sampah-sampah yang tak elok kita sapu lah keluar.
"Jika ada sampah yang keluar sendiri itu baguih".


Saya antara yang keluar parti PPBM. Mungkin salah seorang yang Tun Mahathir menganggap sampah itu adalah saya.

Saya terima gelaran sampah itu dengan hati yang terbuka. Kerana apa saja yang Tun M cakap biasa nya betul dan semua orang kena terima kerana Tun M dah memerintah selama 22 tahun.

Segala pengalaman dan kenangan selama 3 tahun akan saya kenang selama lama nya.

Banyak suka duka yang saya lalui sepanjang berjuang bersama Tun M sehinggalah akhir nya saya digelar sampah kerana meninggal kan parti.

Saya doa kan semoga PPBM terus maju jaya dan menjadi sebuah parti yang memperjuangkan nasib Bangsa Melayu . — with Hamidah Osman.