Sabtu, 23 September 2017

SYARIKAT PEMBEKAL SELIPAR HOTEL HINA QURAN DAN ALLAH DISERBU






Umat Islam sekali lagi dikejutkan dengan insiden penghinaan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ke atas kesucian agama ini.

Kali ini, sebuah hotel di Sitiawan, Perak diserbu pihak berkuasa selepas penemuan cebisan kertas mengandungi ayat-ayat suci Al-Quran yang digunakan sebagai pelapik di bahagian dalam selipar yang disediakan di hotel tersebut.

Rentetan itu, pihak berkuasa telah melancarkan operasi khas mengesan dan menyita sebuah kilang di Klang, Selangor yang bertanggungjawab membekalkan selipar tersebut kepada pihak hotel berkenaan.

Operasi ini juga dilakukan bagi mengesan sekiranya terdapat hotel-hotel lain yang turut mengambil bekalan daripada kilang ini sekaligus memastikan penghinaan seumpama ini dihentikan segera.

Berikut ialah laporan serbuan dan rampasan yang dilakukan oleh pihak berkuasa ke atas kilang ini :


Assalamualaikum wbt.

Tuan / Puan,

Laporan Operasi Selipar Hotel (Disposable)

Tarikh  : 21.09.2017
Masa   : 9.00am
Lokasi : Klang

SYARIKAT HM HOSPITALITY SUPPLIES SDN BHD,
48, JAAN SELATAN 22,
SOBENA JAYA INDUSTRIAL PARK,
42000 KLANG

Laporan :-

1. Operasi dijalankan pada jam 9:00am dan rampasan dilakukan pada jam 9:30am.
2. Rampasan di syarikat HM Hospitality Supplies Sdn Bhd beralamat di No.48, Jalan Selat Selatan 22, Sobena Jaya Light Industri Pandamaran, 42000 Port Klang, Selangor
3. Sejumlah 2,200 pasang selipar telah dirampas dengan anggaran nilai rampasan RM990
4. Gambar disertakan

Sekian, terima kasih.

-D.E Leaks

#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor

๐Ÿ“ฑ Facebook Darul Ehsan Leaks
https://www.facebook.com/darulehsanleaks/

๐Ÿ“ฑ Twitter Darul Ehsan Leaks
https://twitter.com/DE_Leaks

๐Ÿ“ฑ Instagram
https://instagram.com/de_leaks

๐ŸŒ Laman Web Darul Ehsan Leaks
http://darulehsanleaks.blogspot.my/

๐Ÿ“Œ Kepada yang ingin mendapatkan info Selangor, sila hantar nama anda ke nombor +60145154521 melalui aplikasi WhatsApp dan simpan (save) nombor tersebut di telefon pintar anda