Jumaat, 13 Oktober 2017

Mahkamah Batalkan Saman Tony Pua terhadap Perdana Menteri DS Najib



Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur telah membatalkan saman ahli Parlimen DAP, Tony Pua berhubung misfeasans dalam pentadbiran awam, terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 

Pesuruhjaya Kehakiman Faizah Jamaludin memutuskan bahawa Najib bukan seorang pegawai awam walaupun beliau memegang jawatan perdana menteri dan menteri kewangan 

Beliau memutuskan bahawa Pua tidak mempunyai hak perundangan untuk membawa saman itu, yang berkaitan dengan 1MDB, terhadap Najib dan kerajaan Malaysia. 

Najib, yang pernah menjadi pengerusi lembaga penasihat 1MDB, bukanlah pemegang saham dalam syarikat milik kerajaan itu, dan oleh itu Pua yang hanya merupakan seorang pembayar cukai tanpa locus standi untuk meneruskan saman itu. 

"Permohonan untuk defendan untuk membatalkan kes itu dibenarkan," katanya. 

Beliau turut memerintah Pua membayar kos RM5,000 kepada Najib dan kerajaan Malaysia Najib diwakili peguam Mohd Hafarizam Harun, manakala Gobind Singh Deo mewakili Pua. 

Pua, yang juga ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan setiausaha agung DAP, telah memfailkan saman terhadap Najib pada bulan Januari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan