Jumaat, 13 Oktober 2017

Penyelewengan Dana KKLW Zaman Shafie Apdal Terbongkar Lagi Di Sarawak.

Sebab itu lah ada cerita tauke dari Sarawak membantu kempen Shafie di Sabah, rupa-rupanya beliau ada hal di sana.

Tauke balak marah kepada Ketua Menteri kerana aktiviti haram pembalakan mereka telah di patahkan oleh kerajaan Sabah dan Sarawak.

Jadi untuk membolehkan mereka bermaharaja lela mereka terpaksa membantu Shafie untuk menang.

Bagaimana usaha mereka tak ke mana, kerana kerja  yang busuk mudah dihidu.

berikut adalah pendedahan daripada blog master dedah mengenai penyelewengan dana KKLW di Sarawak.

Yang pasti Panglima Perang Muhyiddin Yassin, Dr Rais panas bontot.






Selepas dilaporkan media Shafie Apdal tidak ditangkap pada 24 Ogos lalu nampaknya penangkapan Shafie Apdal semakin hampir kini apabila SPRM melaporkan akan menangkap Shafie Apdal jika ada bukti. Sejumlah RM1.5 bilion dana diseleweng dari RM7.5bilion projek KKLW ketika Shafie Apdal menjadi Menteri KKLW.






Penyelewengan ini bermaksud termasuk penerimaan dan pemberian komisen projek dari syarikat yang digunakan oleh Shafie Apdal melalui adik-beradik, keluarga, bekas pegawai Menteri, pegawai KKLW serta kontraktor. Komisen projek adalah ada 10 peratus hingga 25 peratus. Terdapat projek seperti Bekalan Air Luar Bandar, Elektrik, solar dan projek jalan di 'mark up' untuk pembayaran komisen Shafie Apdal melalui projek Rundingan Terus, tender terhad dan tender terbuka (teknikal yang dikawal oleh Shafie Apdal). Di Sabah kita serahkan kepada penyiasatan SPRM.








Penyelewengan Projek KKLW di Sarawak










Esawin Resources dan Citra Alti Sdn Bhd sapu projek elektrik







Jangan lupa Shafie Apdal juga selain mempunyai taikun Sabah beliau juga mempunyai proksi taikun taukeh Sarawak yang memberikannya dana komisen projek. Projek elektrik misalnya RM2.94 bilion diperuntukkan oleh KKLW dalam tempoh 2009 hingga penghujung 2015. Jadi penyelewengan dana projek Sarawak juga perlu disiasat SPRM.









Di Sarawak terdapat satu taikun yang banyak memonopoli projek Elektrik dan solar ketika Shafie Apdal menjadi Menteri. Taikun itu ialah Datuk Chew Chiaw Ann. Menggunakan beberapa syarikat untuk monopoli projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB). Projek dilaksana termasuk rundingan terus yang dipohon oleh Shafie Apdal kepada Kementerian Kewangan dengan justifikasi tertentu.