Sabtu, 7 Oktober 2017

Perbuatan Tun Mahathir memanjat 4x4 dikutuk

Marah dengan Tun Mahathir.

Aku marah bila tengok Tun naik di atas 4wd dan beri ucapan pada malam ini di ceramah solidariti ke atas YB Tian Chua yang akan dimasukan ke dalam penjara tak lama lagi.

Tun patutnya perlu ada di Langkawi untuk program besar PPBM yang dijalankan selama 3 hari disana. Patut pergi awal. Ada juga masa untuk rehat dari perjalanan. Tapi Tun hadir  program Pakatan Harapan di KL sebagai tanda sokongan pada rakannya.

Aku marah bukan kerana Tun berceramah. Usia 92 tak pernah duduk sengap! Mahu saja esok lusa kalau berjumpa Tun untuk aku kata "rehat sama Tun". Bagi kami orang muda buat. Aku marah kerana aku malu. Malu kerja tak buat banyak.

Tun sudah cukup punya segala yang dia kerjakan. Kalau Tun ada berbilion duit seperti yang difitnah Raja Petra, buat apa lagi panjat ke sana sini mengalahkan budak reformasi. Tun bukan Menteri selama 22 tahun, tapi PERDANA MENTERI. Akal ada?

Kalau ikut darjat bukan gaya dan keperluan Tun nak panjat 4WD beri ucapan merata tempat.

Baiklah Tun duduk bersenang lenang buat video macam DS Vida tabur duit dalam tandas. Ada juga yang tuduh Tun bagi 1 bilion pada Lim Kit Siang untuk lobi jadi orang No.1 Pakatan Harapan. Hoi dari 1b bagi pada LKS, bukan boleh gerenti menang PRU pun. Baik Tun labur bagi setiap orang JKKK RM10,000, beli ahli parlimen RM500,000 seorang. Itu pun tak habis 1 Bilion.

Nak buat cerita pun guna otak. Siapa lah penasihat propaganda BN sekarang? Baik offer aku jadi penasihat. Rakyat gelak tahu tak? Ok sambung marah.

Malam ini hujan gerimis, Tun patut duduk di rumah rehat. Tak perlu nak pening fikir "berjuang" di jalan. Tapi aku tahu dan semua yang lihat foto ini tahu. Apa maksud tersirat foto ini. 92 tahun masih diatas 4wd bercakap untuk kesedaran anak bangsa.

Perjuangan belum selesai. Tun dah bangunkan anak bangsa kita sebelum ini. Tapi hari ini Tun tak gamak untuk lihat anak bangsa dia di jatuhkan selagi dia masih hidup.

Aku marah! Marah sebab kita tidak seperti Tun. Malas, makan dedak, &  hanya mengharap pada orang lain untuk membuat perubahan. Yang tahu merajuk, nak jawatan, nak elaun, nak kaya cepat.

92 tahun... moga Allah panjangkan umur Tun. Risau aku!

Ben Ishmael,
Bukit Antarabangsa, 11.48 pm

#TunMhero

(Kredit: Rafiq)