Selasa, 10 Oktober 2017

PROTON IRIZ MENERIMA ANUGERAH SEBAGAI KERETA KOMPAK TERBAIK




Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd ("PROTON" atau "Syarikat") menerima satu lagi pengiktirafan untuk Proton Iriz. sebagai Kereta Kompak Terbaik pada Anugerah Pilihan Pengarang Carsifu 2017. Model Proton Iriz yang diperbaharui ini, yang diperkenalkan di DRB-HICOM Autofest pada Mei 2017, telah dikeluarkan secara rasmi pada 5 Jun 2017. Acara yang telah diadakan di Royale Chulan Damansara, Petaling Jaya dianjurkan Kumpulan Media The Star.

Sejak pertama kali diperkenalkan di pasaran pada September 2014, PROTON telah menjual sejumlah 45,616 unit Proton Iriz, menjadikannya salah satu model Proton paling popular. Iriz juga telah memenangi pelbagai anugerah seperti Kereta Kompak Tahunan dan Anugerah Pilihan Rakyat di NST Car of the Year 2014, Reka Bentuk Perindustrian Terbaik 2015 oleh Perbadanan Harta Intelek, Kereta 5-Bintang ASEAN NCAP Paling Mampu Milik di Malaysia pada Anugerah Grand Prix ASEAN NCAP 2016 dan Kereta Bajet Terbaik di Anugerah Tahunan Kereta ASEAN 2016.

PROTON meneruskan usahanya dalam memberi keutamaan terhadap aspek keselamatan pelanggan mereka dan sebagai Kereta 5-Bintang ASEAN NCAP Paling Mampu Milik di rantau ini, Proton Iriz dilengkapi ciri-ciri keselamatan aktif dan pasif dalam semua varian. Ini termasuk kawalan kestabilan elektronik (ESC) dengan kawalan cengkaman, sistem brek anti-kunci (ABS) dengan kuasa-brek Elektronik (EBD), bantuan brek, bantuan kawalan cerun (HHA) dan sistem peringatan pemakaian tali pinggang (SBR). Bagi varian Premium, model ini dilengkapi dengan 6 beg udara, manakala varian Standard dan Eksekutif pula dilengkapi dengan 2 beg udara. Melengkapi ciri-ciri keselamatan kereta ini ialah Hot Press Forming (HPF), yang merupakan teknologi Jerman yang diguna pakai oleh PROTON. Struktur HPF boleh mencapai sehingga 5 kali lebih kekuatan dari logam biasa. Ini menjadikan kereta ini lebih kukuh dan yang lebih penting, menguatkan kabin penumpang untuk perlindungan yang lebih baik

Pelanggan berpeluang memandu uji Proton Iriz diperbaharui ini dan membuat tempahan di semua cawangan PROTON Edar dan siri jelajah PROTON di seluruh negara. Iriz yang diperbaharui ini juga didatangkan dalam 4 varian - Standard 1.3L (MT & CVT), 1.3L Eksekutif CVT dan 1.6L Premium CVT, berharga dari RM43,800 hingga RM58,800, dan boleh didapati dalam dua pilihan warna baharu, Ruby Red (merah) dan Carnelian Brown (perang), di samping warna-warna Iriz sedia ada iaitu Graphite Grey (kelabu), Atlantic Blue (biru) dan Cotton White (putih).

Sepanjang bulan Oktober 2017 ini, PROTON turut memperluaskan Kempen 5-Nilai Hebat yang menawarkan Servis 5 tahun percuma*, waranti selama 5 tahun atau 150,000km (mana-mana yang terdahulu) serta model-model Proton terpilih yang memiliki penarafan keselamatan 5 bintang oleh ASEAN NCAP. Pemilik kereta Proton sedia ada juga boleh menikmati Bonus Kesetiaan sebanyak RM1,000 tambahan kepada promosi semasa apabila membeli kereta Proton baharu, dan promosi ini turut ditawarkan kepada ahli keluarga mereka.

Sebagai tambahan kepada promosi semasa, PROTON juga sedang mengadakan siri jelajah di seluruh negara yang meliputi pusat membeli-belah dan lokasi-lokasi lain untuk mendekati para pelanggan. Lawati lokasi ini untuk menikmati tawaran disediakan.


Tarikh Lokasi
07 - 21 Okt  Mydin Bukit Mertajam, Pulau Pinang
13 - 27 Okt Mydin USJ, Subang
17 - 29 Okt  Setapak Central, Kuala Lumpur
24 - 29 Okt Wangsa Walk, Kuala Lumpur
25 – 30 Okt IOI City, Putrajaya


Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi pusat khidmat pelanggan PROTON di 1800 888 398 atau emel kepada kami di customercare@proton.com. Pelanggan juga boleh melayari www.proton.com atau Facebook rasmi kami di www.facebook.com/ProtonCarsOfficial. Untuk kemudahan tambahan, para pengguna boleh memuat turun aplikasi mudah alih rasmi MyProton Official, yang boleh didapati melalui Google Play Store dan Apple App Store.

* Servis percuma sah laku untuk 5 tahun atau 100,000km (yang mana terdahulu) termasuk alat-alat ganti, minyak enjin dan kos pekerja.

Mengenai PROTON

PROTON Holdings Berhad kini dimiliki oleh DRB-HICOM Berhad sebanyak 50.1% dan sebanyak 49.9% lagi daripadanya sahamnya diperoleh oleh Zhejiang Geely Holding Group Co. Ltd. Ditubuhkan pada tahun 1983, ia adalah satu-satunya pengeluar kereta OEM sepenuhnya yang lengkap dengan kemudahan penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Asia Tenggara dan telah ditubuhkan dengan tiga objektif dasar kebangsaan utama iaitu untuk menerajui pembangunan industri pembuatan komponen, untuk memperoleh dan meningkatkan teknologi serta kemahiran industri dalam industri pembuatan automotif dan untuk mengukuhkan daya saing antarabangsa serta keupayaan perindustrian di Malaysia.

1985 telah menjadi tahun bermakna dalam sejarah Malaysia apabila kereta kebangsaan negara pertama, Proton Saga dilancarkan untuk rakyat Malaysia. Sejak itu, PROTON telah menawarkan pelbagai kenderaan empat pintu yang versatil dan boleh dipercayai untuk kegunaan keluarga seperti Saga dan Persona, sedan eksekutif yang bergaya seperti Prevé, sedan eksekutif segmen-D yang elegan seperti Perdana serta kenderaan pelbagai guna yang luas dan mampu milik seperti Exora dan Ertiga. Turut ditawarkan ialah model hatchback berprestasi tinggi seperti Suprima S, model kompak dengan reka bentuk ‘berani’ dan penuh gaya seperti Iriz yang lengkap dengan ciri keselamatan dan merupakan model mampu milik yang mendapat pengiktirafan 5 bintang oleh ASEAN NCAP.

PROTON kini bukan sahaja merupakan Syarikat pengeluar kereta, tetapi ia juga berperanan sebagai pemangkin utama kepada usaha pembangunan negara yang dilihat telah berkembang pesat berkat keupayaannya menguasai teknologi canggih yang diraih hasil usahama bersama rakan kongsi dan pelbagai kerjasama teknikal. Tidak dinafikan bahawa Syarikat telah membantu meningkatkan ekonomi Malaysia melalui kemajuan dan kejayaan dalam industri automobil.

Sentiasa mendengar keperluan dan kehendak PROTON, kereta Proton kini berada di landasan yang tepat untuk mencapai matlamat pada masa hadapan, dengan menjadikan PROTON sebagai sebuah syarikat yang mengeluarkan kereta-kereta yang berkualiti dan berkeselamatan tinggi beserta semangat dan sepenuh hati; kereta-kereta yang memberikan kepuasan untuk dipandu dan dimiliki. Untuk makluman lanjut, layari http://www.proton.com.